Wednesday 26 November 2014

Kemanakah Arah Kita?




Fenomena hero dan heroin korea menghantui remaja ketika ini.derasnya arus gelombang K-POP sehingga negara kita sendiri terpanggil untuk mengundang artis dari negara korea mengadakan konsert mereka. Kegilaan remaja pada ketampanan hero yang tinggi lampai berwajah comel ditambah gaya baju yang berwarna warni ,gaya rambut yang dianggap berstail berjaya berjaya mengugat hati-hati wanita. Kecantikan heroin korea bersama kast but yang dipakai mereka membuatkan terpekiknya sesiapa yang melihatnya.
Ditambah pula jalan cerita korea yang mempunyai taring tersendiri.entah berapa ramai yang menggugurkan air mata ketika menyaksikan terpisahnya hero dan heroin. Diselit pula lawak spontan serta kombinasi watak manja dan kasar heroin. Disambut pula oleh hero yang penuh dengan gaya maskulin idaman sema wanita.
Nama-nama seperti Goo Jun Pyo ,Jeon Jin Ho,Lee Min Hoo dan ramai lagi menjadi b7ualan para remaja sekarang. Malah dalam sedar atau tidak ia juga meragut jiwa-jiwa yang selama ini berpegang teguh dengan kehidupan islamik mereka. Walaupun bertudung litup sekalipun tidak terlepas daripada tergugat dengan penangan aura dunia “KOLLYWOOD”.
Lelaki yang jelas kejantanannya trt mengusap air mata dihadapan skrin komputer , namun kegilaan itu lebih jelas di sisi remaja perempuan. Malah ada sebahagian mereka memuja dengan memenuhkan sema gambar artis korea mereka di muka depan facebook dan twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik. Ada yang sanggup pergi ke bandar semata-mata membeli majalah K-POP untuk di jadikan koleksi.
Ada segelintir remaja ditanya mengapa mereka sukakan drama korea?lalu dijawab “dia sangat cute dan handsome”. , sorang lagi kata “suara dia sedap!” , “kami teruja dengan ketampanan hero dia”. Bila ditanya pula,bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki tampan? Jawapan yang diterima ialah, “kami tiada masalah apabila melihat lelaki berbanding lelaki yang wajibkan menundukkan pandangan kerena mereka lebih terdedah kepada godaan bila melihat perempuan!”.
Benarkah kenyataan demikian? Adakah benar ia bertetapan dengan agama. Mari kita koreksi semla dari sumber agama. Memang benar ayat suruhan menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur  ayat 30. Namun jangan kita terlupa akan sambungan  ayat berikutnya yang ALLAH menyuruh agar perempuan juga menundukkan pandangan mereka.
Hal ini jelas terbukti bahawa tidak dibezakan antara lelaki dan perempuan. Dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka”.
Berbeza pula kepada perempuan yang menggoda Nabi Yusuf a.s. perempuan itu melihat Nabi Yusuf a.s. dengan penuh perhatian. Ketampanan Nabi Yusuf a.s. memukau kelopak mata daripada berkelip. Akhirnya , dengan pandangan seorang perempuan munculnya keinginan syahwat yang meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang baju Nabi Yusf a.s.
Bukankah ini membuktikan perempuan juga mampu tergoda dengan kuasa mata?tidak dinafikan memang benar lelaki itu lebih berbahaya. Keinginan lelaki itu lebih pantas impulsnya. Namun untuk menafikan perempuan tidak tergugat dengan sekali pandang belum tentu jaminannya.
Artikel ini bukanlah menggesa sema perempuan secara terus menukar  ‘wallpaper’ dan profil di facebook dan twitter dengan gambar pokok atau bat semata-mata. Bukan juga mengharamkan kita semua terus meminati artis korea pujaan kita. Tetapi sekadar renungan bahawa mata itu satu sinergi pembawa gelora. Tanpa membezakan sebarang jantina.
Ayuh bersama meminati ibu dan ayah kita. Merekalah hero dan heroin kita sepanjang zaman. Kisah drama kehidpan mereka memelihara kita lebih hebat dan menggugurkan air mata. Tanpa perlu berhadapan dengan komputer , wajah ‘box office’ mereka sudah mampu membasahi pipi kita. Sama-samalah kita renunginya.

Penulis artikel: Mahfuzah binti Bakri

No comments:

Post a Comment