Monday 1 December 2014

Dinasti Joseon

assalammualaikum
siapa disini peminat Kpop?hahahah mesti ramai
Miss Unknown pun salah seorang penggemar Kpop.
mesti kat sini korang suka tengok drama korea,kadang-kadang tu sampai meleleh hingus tengok drama korea.


Bagi peminat drama-drama korea atau gila korea sepatutnya tahu banyak tentang Korea termasuk zaman yang telah di lalui



Dibawah ini salah satu dinasti yang wujud sebelum kewujudan korea berdasarkan wikipedia


watak Maharaja Joseon yang dilakonkan oleh 



Song Joong Ki
Dinasti Joseon, Chosŏn, Chosun, Choseon (Julai 1392 – Ogos 1910), merupakan sebuah negara berdaulat yang diasaskan oleh Yi Seong-gye, yang kini menjadi Korea. Dinasti Joseon berkuasa selama lima abad lebih. Penubuhan Joseon terjadi setelah kejatuhan Dinasti Goryeo yang beribu kota di Gaeseong dan kemudian berpindah ke Hanyang. Wilayah Dinasti Joseon diperluas sehingga Sungai Yalu dan Duman di utara setelah berjaya menakluki bangsa Jurchen. Joseon merupakan dinasti penganut Konfusius yang paling lama memerintah di dunia. Setelah pengisytiharan Empayar Korea pada tahun tahun 1894, tempoh kekuasaan dinasti ini berakhir dengan pendudukan Jepun pada tahun 1910

Pengasas wangsa Joseon ialah Yi Seong-gye yang dijulang sebagai Raja Taejo. Beliau merupakan seorang ahli puak Yi dari Jeonju yang melancarkan rampasan kuasa aman terhadap Raja Woo dari Goryeo. Yi Seong-gye terkenal sebagai pemimpin tentera yang cerdik dalam memimpin perang terhadap lanun Jepun yang mengganggu perairan Korea. Beliau memindahkan ibu kota dari Gaegyeong (kini Gaeseong) ke Hanseong lalu mendirikan istana Gyeongbok pada tahun 1394. Pewarisan takhta secara nasab bapa dari Raja Taejo tidak pernah terputus sampai akhirnya. Penguasa terakhir, Sunjong, atau Empayar Yungheui yang digulingkan oleh tentera Jepun pada tahun 1910.

watak Putera Mahkota yang di lakonkan oleh Park Yu Chun






No comments:

Post a Comment