Saturday 13 December 2014

Jom berkongsi: maksud selfie dan keburukannya



 Assalammualaikum kepada pembaca blog ini


Hihi sejak kebelakangan ini kita sering mendengar perkataan ‘selfie’ tak kira daripada usia remaja hingga 40 an pun ada hahah.. Selfie merupakan antara budaya paling digemari oleh ramai remaja masa kini dilaman sosial. Di Malaysia boleh dikatakan 80 peratus remaja menggemari untuk ber “selfie” tanpa mereka sedari.
 
‘selfie’ ini kita akan dapat lihat dimana sahaja tak kira masa..kerana ‘selfie’ ini ada lah trend masa kini. Kita yang berada di zaman teknologi juga perlu mengikuti nya ,tak payah cakap pun dah ikt hahaha....

                                                

Okay sekarang mari kita baca apa itu ‘selfie’
Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya.


Okay lah kita sudah faham maksud ‘selfie ‘ kan? Pelbagai cara dan sudut boleh dilakukan untuk ‘selfie’. Hanya dengan menggunakan monopod kita boleh melakukan ‘selfie’. Apa yang kita lihat gambar-gambar ‘selfie’ ini pastinya ia menggunakan gajet yang mahal seperti smartphone yang mempunyai kelengkapan kamera dan juga aplikasi untuk edit gambar seperti Camera 360. Pasti ramai yang menggunakannya....sekarang orang dah tak pakai camera digital untuk bergambar..sebab smartphone dah menyediakan segalanya.

‘selfie’ juga mempunyai keburukkan nya jika kita tak mengurangkan penggunaannya. Mari kita lihat pula keburukkan ‘selfie’
Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular ‘selfie’ boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.


Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.
Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan.
Kita sudah mengetahui maksud dan keburukkan ‘selfie’ right? So kurang-kurangkan lah ber ‘selfie’ .. nasihat ini bukan hanya untuk saya tapi untuk kita semua.. nasihat kebaikan mari kita kongsikan untuk mengelak keburukan akan datang. Good bye assalammualaikum.





No comments:

Post a Comment