Sunday 21 December 2014

MY IDOL’S HELIZA HELMI



                                              
assalammualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog ini walaupun tak ada follower lagi hihi..

Kebanyakan remaja sebaya Miss Unknown (umur Miss baru 16 tahun okay..tak tua lagi) lebih meminati sehingga menjada idola seperti artis yang terkenal seperti Siti Nurhaliza,Forteen dan macam-macam lagi  yang ada di Malaysia ni. Tak lupa juga ada yang menjadikan  artis luar negara,seperti K-POP yang telah mempengaruhi seluruh minda remaja sebagai idola mereka. Miss pun salah seorang peminat K-POP huhu. Dah nama pun remaja mestilah minat perkara yang tidak berfaedah.  Yang tak minat K-POP pula , para remaja meminati kumpulan penyanyi luar negara yang telah meragut jiwa raga para remaja termasuk Miss seperti ONE DIRECTION. Miss pun ada idola juga tau. Idola Miss adalah Heliza Helmi.

 

Miss menjadikan Heliza Helmi sebagai icon kehidupan Miss kerana (dah macam karangan huhu) sifat keperibadian Heliza Helmi itu sendiri. Bukan sebab dia cantik atau dia seorang artis tetapi dia seorang yang lemah lembut daripada segi percakapan , cara dia berkomunikasi dan cara dia menyampaikan sesuatu dakwah. Miss suka melihat senyumannya yang manis ketika bercakap dengan orang lain. Bukan itu sahaja, Heliza Helmi juga telah memberikan Miss inspirasi untuk menulis entri yang baru. Setiap kali melihat beliau di kaca televisyen, Miss rasa nak berubah untuk menjadi yang lebih baik daripada sekarang. 

Heliza Helmi juga sering berkongsikan ilmu yang dimiliki kepada semua teman-teman seperjuangannya. Beliau juga mengajak semua rakan artisnya ke kelas agama. Beliau bukan sahaja berdakwah bahkan beliau mengajak orang ramai mendalami ilmu agama. Perkara itu yang membuatkan Miss lebih meminati beliau. Keperibadian yang paling membuatkan Miss lebih tertawan (Miss bukan lesbian tau) beliau sanggup menolong orang yang mengalami kesusahan walaupun merbahaya , ketika beliau pergi ke Palestin. Miss pun tak berani nak pergi ke sana kerana berlaku serangan Israel yang di laknat Allah.
                                       

Konklusinya,kita mestilah mempunyai seorang icon yang boleh kita contohi dalam kehidupan kita. Bukannya meminatinya kerana paras rupanya tetapi dengan keperibadiannya yang kita harus contohi. Sekian sahaja penceritaan saya tentang idola saya. Okaylah  sampai disini sahaja perkongsian saya terima kasih kerana membaca blog ini. Good bye dan assalammualaikum.


No comments:

Post a Comment