Thursday 29 January 2015

Hadiah dari Seorang Ibu


Bismillahirrahmannirrahim
alhamdulillah hari ini dapat lagi kita semua bernafas..
lama tak buka blog ni.. Banyak sangat kerjanya bila nak buka blog. Berlambak homework nak buat and banyak tuition nak kena pergi.

Hari ni Miss nak story sikit.. kejadian ni berlaku dua minggu lalu. Ibu ajak Miss pergi shopping.(biasalah perempuan kan). Miss ingat ibu cuma nak beli barang keperluan, tak sangka pula ibu belikan handbag baru untuk Miss. Miss cuma nak purse biasa jer tapi ibu beli kan handbag terus. Harga beg tu tak ada lah mahal sangat tapi memadai lah untuk dipakai masa nak keluar makan angin(bukan buang angin yep). bak kata ibu 'alah membeli menang memakai'. Bagi Miss semua tu membazir tapi ibu kata handbag tu diwajibkan untuk wanita. So, terima saja lah.




ni lah handbag yang ibu belikan huhu just biasa je


 Walaupun hadiah yang diberikan oleh ibu tidak semahal mana pun tapi ia sangat berharga buat Miss. Beg ni lah yang Miss bawa kemana-mana huhu. Hadiah seorang ibu lebih bernilai daripada hadiah daripada seorang teman lelaki. So, jangan lah kita merungut bila ibu belikan apa-apa yep tapi cakap lah kepada terima kasih kepadanya.

sampai sini sahaja lah story Miss tentang ibu Miss
Miss cuma nak cakap i love you ibu.

Ceriakan dirimu dengan menutup aurat

                               
Bismillahirahmannirrahim
assalammualaikum dan selamat malam
Alhamdulillah kita di berikan oleh Allah oksigen untuk kita bernafas setiap saat.
hari ni Miss nak berkongsi kepada kakak,emak,adik dan semua orang lah tentang cara nak menutup aurat dengan sempurna.

Ramai diluar sana belum mengetahui cara menutup aurat dengan sempurna.. bertambah pula dengan fesyen-fesyen yang digayakan sekarang amat tidak memberangsangkan, malah lebih teruk.
okay kita teruskan dengan main point sahaja..

                          

meh sini:
Apakah definisi aurat?

Aurat adalah perkara yang tidak baik atau keaiban yang perlu ditutup daripada pandangan ajnabi dan hanya boleh dilihat oleh mahram, iaitu dalam kalangan mereka yang tidak boleh dikahwini.

                              
Cara mengekalkan perubahan?
Cuba untuk istiqamah. Dan antara faktor yang boleh mengekalkan perubahan adalah:
- Persekitaran
- Rakan sebaya
- Intra personal strength 

Ciri-ciri yang perlu dipatuhi oleh wanita islam yang sudah baligh:
1- Menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Ada sesetengah ulamak membolehkan bahagian kaki untuk tidak ditutup; mengikut keadaan dan masa.
2- Bersederhana. Boleh memakai wangian, tetapi sekadar untuk diri sendiri, dan sedikit. Dan bukan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi.
3- Pakaian itu diiktiraf.*
4- Pakaian yang tidak menyerupai lelaki.
5- Pakaian yang tidak menyerupai agama lain.
semoga anda semua dapat cuba dan amalkan.. sebagai wanita kita perlulah menjaga aurat kita. menutup itu lebih baik daripada membukanya.
sampai disini sahaja entry kali ini. apa yang baik kita kongsi kan seluruh dunia.

Mari berkongsi: Doa tafrijiyah

assalammualaikum dan selamat malam
dah berkurun tak buka blog , habis berhabuk blog nie.. dah satu kerja pula Miss nak mengelamnya haha
apa yang Miss mengarut  ni malam-malam macam.

tajuk kita hari ini Miss nak kongsikan kepada pembaca satu doa yang boleh kita amalkan setiap hari,jam,minit dan saat kecuali dalam tandas lah hehe. banyak kebaikannya yang kita dapat.

miss selalu amalkan doa ni ke mana dan di mana sahaja Miss berada
  

  kebaikan membaca doa tafrijiyah:
1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..

Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.. Supaya dengan lebihan rezeki yang berjaya anda perolehi dapat disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.. Bila kita banyak bersedekah, Insya Allah kita akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..
 
sampai sini sahaja entry kali ini..
mari berkongsi semua kebaikan di bumi Allah.