Thursday 29 January 2015

Ceriakan dirimu dengan menutup aurat

                               
Bismillahirahmannirrahim
assalammualaikum dan selamat malam
Alhamdulillah kita di berikan oleh Allah oksigen untuk kita bernafas setiap saat.
hari ni Miss nak berkongsi kepada kakak,emak,adik dan semua orang lah tentang cara nak menutup aurat dengan sempurna.

Ramai diluar sana belum mengetahui cara menutup aurat dengan sempurna.. bertambah pula dengan fesyen-fesyen yang digayakan sekarang amat tidak memberangsangkan, malah lebih teruk.
okay kita teruskan dengan main point sahaja..

                          

meh sini:
Apakah definisi aurat?

Aurat adalah perkara yang tidak baik atau keaiban yang perlu ditutup daripada pandangan ajnabi dan hanya boleh dilihat oleh mahram, iaitu dalam kalangan mereka yang tidak boleh dikahwini.

                              
Cara mengekalkan perubahan?
Cuba untuk istiqamah. Dan antara faktor yang boleh mengekalkan perubahan adalah:
- Persekitaran
- Rakan sebaya
- Intra personal strength 

Ciri-ciri yang perlu dipatuhi oleh wanita islam yang sudah baligh:
1- Menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Ada sesetengah ulamak membolehkan bahagian kaki untuk tidak ditutup; mengikut keadaan dan masa.
2- Bersederhana. Boleh memakai wangian, tetapi sekadar untuk diri sendiri, dan sedikit. Dan bukan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi.
3- Pakaian itu diiktiraf.*
4- Pakaian yang tidak menyerupai lelaki.
5- Pakaian yang tidak menyerupai agama lain.
semoga anda semua dapat cuba dan amalkan.. sebagai wanita kita perlulah menjaga aurat kita. menutup itu lebih baik daripada membukanya.
sampai disini sahaja entry kali ini. apa yang baik kita kongsi kan seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment