Saturday 28 February 2015

Pengalaman main Bola Jaring


 
Kenapa krik-krik kawan-kawan?hahaha kidding korang.korang sihat?alhamdulillah sihat. Sebelum exam kena buat entry banyak-banyak hahaha.

okay , now hari ni Miss nak story yang sekolah Miss hari ini mengadakan kanival sukan. Benda yang tak disukai oleh remaja-remaja yang bukan atlet termasuk Miss haha. Sebab sukan di benci ialah kerana cahaya matahari yang begitu terang menyinari bumi (hahaha nampak macam budak sastera pulak). Tadi bukan main lagi matahari berdiri menegak.

tak payah cerita pasal tu banyak.Kita cite lain. Dalam kanival sukan banyak acara yang disediakan tapi banyak-banyak acara ,Miss boleh terpilih bola jaring. Apalah lah Miss ni. Dah lah tak pandai main hentam jer lah.
lepas tu yang bestye Miss tak ada geng sakitye hati Miss.Rasa ye nak sepak jer geng Miss. Miss terpaksa lah main nak buat macam mana lagi.

Mula-mula Miss jadi GK sebab tak nak jadi orang penting. GK ni orang ye kena halang orang untuk jaringkan bola. ni lah pertama kali jadi GK. Memang tak tahu apa-apalah.Lenjan je main ye. Miss biasa-biasa jer mula. Kita orang menang hahaha. Masa tengah game Miss sempat lagi dengan pihak lawan , boring gila tunggu bola hahahaha. Orang kena jaga tapi Miss berborak ,bagus betul Miss kan.  Then dorang tukar jadikan Miss GD perh lagi terbakar Miss.Tak apa lah tahun last kan. Terpaksa lah Miss terima yadoii .Kena marah pulak dengan budak form4 sebab tak jaga sakit hatiku. hahahah kelakar juga benda tu. itu sebagai pengalaman pertama Miss. Sebelum nie Miss tak pernah main sebab stuktur badan Miss yang kecik and pendek. So, kena lah terima seadanya.So,ni lah pengalaman Miss masuk bola jaring sekolah. Sekurang-kurangnya kita tahu nak main kan?hahahaha

itu sahaja lah story kali ini bye2 kengkawan. sory kalau banyak kekurangan.
budak baru balik dari bola jaring

Thursday 26 February 2015

Bila habis waktu kelas


Hai kawan-kawan alam maya ini. Dah seminggu sekolah. Hari-hari sekolah. tak ada cuti pun.Lepas tu balik sekolah asyik lambat. Erm tak apa lah untuk bulan ni jer.

hari ini kita orang ada kelas tuition untuk addmath. Agak seronok walaupun asyik kena marah jer sebab Miss salah buat soalan senang hahaha. Bila lagi nak kena marahkan. Orang lain tak kena marah sebab takut nak buat latihan. Semua tunggu cikgu baru lah nak buat. Kalau tak buat tersengih-sengih. Entah pape lah. Lepas tu cakap belakang-belakang pulak tu. Tak takut kena psiko lah. Bila cikgu dekat tunduk kepala. Cakap tak serupa bikin.

Dah lah mengumpat pulak kita hahahahahaha..Jahat kita hari ni.
Bila tinggal 30 minit lagi nak balik mulalah semua tak tumpu perhatian haha. Biasa lah budak remaja. Miss pun tak tumpu perhatian.

Then lepas kita orang dah di lepaskan dari kelas 5 bakti. apa lagi selfie lerrr jawab nya. Mulanya nak terus balik tapi dah di ajak selfie ikut kan jer lah hahaha.

we r buddyz



okay sampai disini sahaja dengan buddyz. bye gengg

Sunday 22 February 2015

Simpan kesedihan dalam senyuman


Awak semua pernah rasa sedih,pedih dalam hati? Mesti adakan..kalau tak ada tu maknanya dia bukan manusia. Selalunya kalau kita sedih, mesti kita nak nangiskan?
Bagi Miss kita tak boleh menangis bila kita menghadapi sesuatu. Jangan bazirkan air mata untuk sesuatu perkara. Lagi-lagi kepada para wanita diluar sana. Kalau kita nangis pun tak lega ,tak guna. cuba hilangkannya dengan:

1.beristigfar
2.berdoa kepad ALLAH
3.think positive
4.senyum

dengan cara ini kita dapat hilangkan sedih kita. Walaupun tak sekelip mata boleh hilang tapi dapat menenangkan fikiran kita yang bercelaru.
Kalau kita masih bersedih lagi, kita senyum pada kawan kita seolah-olah kita masih boleh berdiri. Memang kata orang perasaan sedih itu jangan disimpan tapi try untuk lepaskannya perlahan-lahan. Pasti kita dapat hilangkan kesedihan yang membaluti diri kita.

try to get my best smile..


okaylah sampai disini sahaja entri kali ini...kalau umur panjang kita bertemu lagi.

Saturday 21 February 2015

Buddyz takkan terpisah


alhamdulillah dapat lagi kita semua bertemu...
huhu hari ini dapat melepaskan rindu kat kawan baik lama. Dia lah yang selalu temankan Miss bila naik bas, maklumlah Miss selalu balik lambat that why dia temankan Miss.
Hari ni pulak kebetulan kawan Miss tu abang dia mengadakan majlis perkahwinan,tu yang alang-alang terus jumpa.

Masa kita orang nak pergi tu kita orang pacak tiga kat motor. Miss tak pandai tunggang motor tu yang rempit bertiga dengan bff. Biasalah jalan kampung naik motor jer lah rempit jer pun boleh hahaha. Bff kita baru balik dari asrama tu bila dia balik jer terus lepak then gosip.

Kita orang ni kalau jumpa mesti ketawa terbahak-bahak sampai nak terkeluar hahaha. Sampai kawan Miss tegur dengan ketawa Miss yang terlalu kuat sampai rumah jiran sebelah pun dengar.

lepas majlis khawin Miss dengan bff Miss selfie.. itu lah perkara wajib yang perlu dilakukan jika ber temu.

nie lah bff Miss.. yang shwal kuning tu Miss


Miss yang paling hodoh hahahah


sorang jer tak ada sebokk katanya hahah
sampai di sini lah entri kali ini..ini story Buddyz kami...good tatata

Thursday 19 February 2015

wanita permata tercantik didunia




bismillahhirrahmannirrahim
alhamdulillah Miss dapat lagi berjumpa dengan rakan-rakan maya. apa khabar semua sihat? indah hari inikan.
Entri Miss hari ini adalah wanita yang cantik.
Pada pendapat Miss wanita di seluruh dunia ini,semuanya cantik. Sebab Allah memang menjadikan manusia yang bernama wanita ini adalah cantik. Mungkin kita nampak berbeza sebab saiz badan,warna kulit tapi apa yang buat kita sama adalah kita ialah wanita. Kita sepatutnya bersyukur apa yang telah dianugerahkan kepada kita. ALLah telah menjadikan wajah kita secantik bidadari. Tapi manusia kan mesti nak lebih daripada apa yang kita ada.
Mungkin ini hanya lah pendapat Miss. Kadang Miss pun nak nampak cantik macam orang lain lumrah
 manusia.



Tapi  adakah kita semua tahu wanita yang secantik-cantiknya ialah wanita yang menutup auratnya daripada dilihat oleh orang yang bukan mahram. Wanita yang menjaga kebersihan fizikal dan rohani. Wanita yang menjaga tingkah lakunya. Wanita yang menjaga solatnya Itu adalah secantik-cantik wanita di dunia ini. Miss tak bermaksud orang yang tak menutup aurat tu tak cantik..lebih cantik kalau kita sebagai wanita menutup aurat kita.



Jadi kita sebagai wanita perlulah sedar tiada apa yang kekal di dunia ini. Kita sepatutnya bersyukur apa yang ada pada diri kita. Jangan terlalu berbangga.

So,sampai disini sahaja lah entri kali ini...sory lah kalau ini menyinggung perasaan orang ramai.Miss cuma bercakap sebagai seorang wanita.

Wednesday 18 February 2015

Bersaing secara Sihat



bismillahhirrahmannirrahhim..
dah lama tak buat entry baru..dah berhabuk blog Miss nie hahaha
ye lahkan tak lama lagi exam PK1 wah berdebar-debar siot.

tahun ini lah Miss banyak masuk program, nak kumpul sijilkan. kawad kaki,choral speaking and sukan olahraga. Banyak Miss habiskan masa untuk bersedia dengan competition and study. Kalau boleh semua benda nak rebut.

Kalau kita lihat remaja sekolah seperti Miss, tidak suka bersaing dengan sihat. Mereka lebih suka psiko antara satu sama lain. Pelikkan.. Jujurlah Miss beritahu tak menang pun kalau buat macam , tambah malu ada lah. Lagi-lagi teknologi sekarang semakin hari semakin kuat mencengkam dunia,lagi kuat persaingannya. Contohnya gaduh kat facebook. Itu bukan sepatutnya kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang masih lagi waras. Itu satu contoh untuk orang gila.

Kalau kita tak puas hati kat seseorang , kita patut buktikan pada dia betapa bijaknya kita,betapa hebatnya kita sebeagai pelajar cemerlang. Bukannya betapa hotnya kita dia laman sosial. Itu semua tak patut kita semua lakukan. Maaflah apa yang Miss cakap ini mungkin menyakiti hati beberapa pihak.

 

Bersaing secara sihat juga dapat membantu kita dalam semua perkara seperti dari segi kokurikulum dan kurikulum. Jika kita bersaing dengan cara begini bukan kita sahaja dapat keuntungannya bahkan negara juga bakal melahirkan rakyat yang cemerlang.

So,kawan-kawan seperjuangan ayuh bangkit dan bersaing secara sihat. Tunjukkan kehebatan dalam pelajaran. Dengan ini kita dapat memajukan diri kita dengan bersaing.

ini sahaja entry kali ini..Miss try to be best untuk berkongsi nasihat kepada rakan-rakan blog  Miss.

Friday 13 February 2015

Aku Seorang Muslimah


   
selamat bertemu lagi kita di laman maya. Syukur alhamdulillah kita dapat menulis entry baru lagi. Pernah tak anda semua berfikir sejenak? Pernah tak sekali sahaja terfikir untuk menjadi yang lebih baik? mesti pernahkan.. Kalau boleh semua nak berubah. Tiada seorang pun yang inginkan neraka. Semua nak Syurga.

Miss juga adalah salah seorang daripada awak semua yang ingin berhijrah. Daripada alam jahiliah hinggalah ke alam baru yang mempunyai hidayah ALLAH. Bukan senang nak berubah dan bukan susah nak mencuba. Mungkin diantara kita ,mengharungi banyak cabaran yang perlu dilalui untuk berhijrah. Miss akui memang agak sukar cabaran itu bak menyelesaikan soalan addmath.



Miss pernah nak cuba memakai tudung labuh tapi orang yang Miss sayang menghalangnya. Miss agak sedih soal itu. Bukan sepatutnya orang sekeliling kita patut menyokong tapi pemikiran Miss meleset. Tak semua benda orang akan menyokong kita kan...

Tapi sekarang alhamdulillah walaupun Miss tak bertudung labuh walaupun baju Miss tidak selabuh para muslimah tapi Miss tetap seorang MUSLIMAH. Semua wanita islam di dunia ini ada lah seorang muslimah. Walaupun tidak bertudung litup tetap seorang muslimah. Jadi mari kita doakan untuk semua para muslimah agar sentiasa berjaya dalam hidup.

sampai di sini sahaja entry kali ini good bye-bye

Wednesday 11 February 2015

Air Dicincang Tak akan Putus



            
Akhirnya dapat jugak buat entry baru hahaha..sebok wey ..Minggu ni jadual penuh tiada yang kosong malam nie pun curi.

Air yang dicincang tak akan putus?
pernah dengar peribahasa itu? Maksudnya walaupun sesebuah adik beradik bergaduh dan berpisah ..ikatan adik beradik tidak akan putus.

Miss ada seorang abang tau(nama telah dirahsiakan) abang Miss ni seorang yang agak panas baran. walaupun dia seorang yang panas baran tapi hati dia tetap sayang akan adik-adiknya. Abang Miss belikan adik Miss baju jersi JDT..Miss pun nak jugak tapi apa kan daya,diri Miss telah dilupakan. Baju JDT tu agak expensive but abang Miss tetap belikan.Punya lah gembira adik Miss ..sabar jer lah. Esok malamnya adik Miss pakai lagi tak boleh bla.Menyampah Miss di buatnya.

berdasarkan cerita Miss tadi.Ia menunjukkan yang walaupun segarang mana pun seseorang itu but dalam hati tetap sayang.

Just that untuk hari ini.. Harap-harap ada entry yang best boleh dikongsikan. lagi goodbye...

Saturday 7 February 2015

Diariku: Jadual untuk Esok dah penuh




  
hari last berblogging...sedih pulak nak berpisah dengan blog Miss ni. Esok dah sekolah.banyak pulak tu acara untuk esok. Kawad kaki, kelas tambahan..perh!!! tak cukup masa. Malam ada tuition pulak.. Sedut angin jer lah. Miss ni asyik mengeluh jer kan? bak kata perpatah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' maksudnya kalau kita nak kan sesuatu kita mestilah bersungguh-sungguh nakkannya , jika tak nak macam-macam alasannya.

macam sekejap jer kan cuti hari minggu. Mesti kawan-kawan kat rumah akan cakap"sekejap yer cuti,nak cuti lagi". dah faham sangat lah Miss. Esok pagi mesti kecoh semua orang siapkan homework hahahaha lagilah lawak.

Bukan tu jer tengok lah nanti bila waktu subjek fizik..semua muka macam nak pengsan. ada yang dengar ada yang tak dengar. Termasuk Miss hahaha. hoho kutuk kawan sekejap. jahat kan Miss?selalu kelas Miss sampai pukul 2.35. lagi lah ngantuk lagi-lagi kalau subjek berat tak boleh masuk beb!!

nie lah ahli kawad Miss hahaha oren
                                
Then petang ada kawad kaki lagi lahhhhhhhh...naik gila Miss. tu time untuk hitam kan Kulit. yadoii terima sahaja lah hahahahah

hahahaha banyak sangat Miss membebel sampai sini saja keluhan Miss..nanti kalau agak-agak Miss nak keluh lagi Miss tulis entry yep..

good night kengkawan...esok sekolah TIDUR SEKARANG!!!




Friday 6 February 2015

Hindar daripada Zina





   
Bismillahhrirahmannirrahim
Syukur alahamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH.
Dalam akhbar banyak kita dengan kes buang bayi , rogol,sumbang mahram dan macam-macam lagi. Hal ini berpunca daripada perbuatan zina.Kenapa perkara ini boleh berlaku?bukankah persetubuhan hanya di halalkan bagi lelaki dan wanita yang sudah berkahwin?
 
Kalau kita lihat dimana-mana sahaja,ramai yang melakukan maksiat terutama remaja. Sepatutnya sebagai seorangremaja hanya perlu belajar sahaja. Tapi kenapa?Kenapa perkara zina ini boleh berlaku dalam kalangan remaja sekarang?
Bila Miss pulang dari sekolah berderet-deret lower form dari sekolah Miss 'berdating' di kantin sekolah. Malu betul Miss bila yang 'dating' tu adalah orang islam. Orang yang bukan Islam tak pulak dating di bawah pokok sekolah. Macam mana nak ajak orang yang bukan islam berhijrah ke arah islam sedang orang islam itu sendiri yang melakukan kejahatan. Inikah orang islam akhir zaman? Ya ALLAh jauh lah perbuatan ini dari diri Miss dan rakan-rakan seperjuangan.Miss doakan untuk semua umat islam. Miss berharap sangat mereka yang berdating itu di datangi hidayah ALLAH.

sebagai umat islam, kita sepatutnya menghindarkan diri daripada melakukan zina. bahkan jangan sekali menghampirinya.

Maksud zina
 
Az-Zina bermaksud hubungan badan yang diharamkan. Hubungan badan ertinya keintiman di antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin tetapi melakukan perbuatan seperti mereka yang telah berkahwin dan bersetubuh. Hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Ini adalah bigha’ (perbuatan nista). Dalam istilah syariat pula menyatakan bahawa zina adalah seseorang lelaki yang menggauli seorang wanita yang belum dinikainya dengan pernikahan yang sesuai dengan syariat.
 
 

Tidak kasihankah kita kepada anak zina itu. Sungguh si anak tidak berdosa, yang berdosa adalah hubungan haram bapa dan ibunya di masa lampau. Si anak terpaksa menanggung sengsara di pandang hina oleh masyarakat. Si anak sangat berasa malu, merendah diri dan merasa diri tidak berguna.  Keraguan nasab keturunan juga timbul, kerana si anak tidak tahu dibin kan siapa. Inilh yang terjadi, si anak zina menjadi mangsa dek kerana kerakusan nafsu si lelaki dan si wanita.
Ingatlah sesungguhnya telah jelas dalam Al-Quran, bahawa lelaki penzina tidak akan mengahwini wanita kecuali wanita penzina atau perempuan musyrik dan perempuan penzina tidak akan kahwini lelaki melainkan lelaki itu penzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu adalah haram di atas orang-orang Mukmin.
 
sampai disini sahaja entry Miss kali ini.Lebih baik kita nasihatkan saudara sesama islam sebelum perkara ini berleluasa.
Malu adalah benteng dari runtuhnya iman..

Masa itu Emas





Bismillahirrahmannirahim

kejam celik dah masuk bulan 2. wah!!! exam pun dah nak dekat. Study masih main-main lagi. Asyik blogging jer hahahahha.

dah sebulan naik sekolah macam-macam kat sekolah Miss berlaku. sekarang sekolah miss buat sukan pagi then lepas rehat belajar penatnya!!! stresss.. Ahad ni ada kawad kaki banyak ye ..letek Miss macam nie.



Jadual belajar Miss pun dah tersasar. yadoii!!
bagi seorang student kita tak boleh biarkan masa yang lapang di isi dengan perkara yang tidak berfaedah. kita mesti cuba sedaya upaya mengisikan masa yang ada dengan menyiapkan kerja sekolah. Kalau tiada kerja sekolah , kita buat ulangkaji pelajaran yang lepas. kalau tak malas sangat kita buat lah aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku. Jangan pula kita layan COC ..sekarang ramai yang main game tu..apa yang faedah ye pun tak tahu lah.

Miss bagi sedikit tips kepada rakan seperjuangan Miss tentang cara pengurusan masa Miss.
OKaya yep
1. First, pada hari sekolah dari hari Isnin hingga Jumaat..balik sekolah rehat selama dua jam then siapkan homework sampai 3 atau 4 jam..ia mencukupi bagi Miss.

2.pada waktu malam,mungkin antara kita ada masuk tuition kan?so,ikut jer jadual anda semua. Dalam pukul10 mesti dah balik rumah kan?ambil masa 1 jam untuk ulangkaji pelajaran.

3.last but not least, bagi sape-sape yang tak ambil tuition seperti Miss,ambil masa dalam 4 jam untuk ulangkaji.

Tips yang Miss bagi mungkin berkesan pada sesetengah orang sahaja termasuk Miss. Jika tak boleh, buat lah jadual peribadi untuk pengurusan masa yang lebih baik.

itu sahaja lah yang Miss dapat kongsi kan hari ini.di harap tips ini dapat membantu anda semua dalam menghadapi exam  besar.so,mulai sekarang cuba menggunakan masa yang ada untuk study agar kita akan sama-sama berjaya. Kalau ada tips yang boleh dikongsikan boleh comment Miss.

p/s:4 jam tu ada rehat jugak okay..jangan tak rehat pulak..

Thursday 5 February 2015

Sifat Seorang Wanita

Bismillahhirrahmannirahhim

Umat akhir zaman kini kalau kita lihat tiada lagi sifat pemalu lagi terutama bagi kaum wanita. Ramai yang mendedahkan aurat, bergaul bebas, dan ada yang keluar hingga lewat malam, Bukan ke sepatutnya seorang wanita perlu ada sifat pemalu dalam diri? Maaf lah kalau Miss ada menyinggung perasaan pembaca, Tapi kita cuma nak bertegurkan, Sebab kadang-kadang Miss rasa malu bila ada bangsa lain menegur remaja yang beragama islam untuk menutup aurat. Bukankah sepatutnya kita menjadi contoh pada orang yang bukan islam. tapi tidak kita yang mengikut budaya orang yang bukan islam seperti memegang tangan orang yang bukan muhrim(berlainan jantina). Bukankah itu salah? jadi kita dari generasi akhir zaman ini perlu memperbetulkan kembali apa yang tidak betul.

Now,marilah kita lihat ciri seorang wanita yang sepatutnya kita amalkan dari dahulu lagi.

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah.


2. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

 

3. Menutup Aurat
Aurat seorang wanita bagaikan berlian.Ia sangat berharga untuk di pamerkan oleh orang ramai. Sepatutnya di simpan di tempat yang tidak dilihat orang supaya tidak disentuh oleh orang yang bukan suami kita.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
 Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

 

itu hanya salah satu ciri yang Miss sediakan. ada banyak lagi ciri yang perlu ada dalam diri seorang wanita.  Tak susah untuk kita menjaga tingkah laku kita tapi kita perlulah berusaha mengubahnya supaya generasi akan datang tidak akan terpesong oleh budaya barat.

sampai di sini sahaj lah entry kali good night...

Kolagen yang Betul

 
Assalammualaikum
Syukur lah hari ini kita dapat lagi melihat dunia.
semua homework Miss dah siap. Yadoii hampir putui tangan chekk..
 hari ni Miss nak berkongsi pasal kolagen sikit.
sekarang ni popular betul dengan produk kolagen nie, pelik betuii Miss tengok. Padahal umur baru 17 tahun tapi dah mula cuba-cuba Kolagen. Biasalah kalau kulit burn baru lah student namanya kan?
lagipun bukan ada sapa-sapa nak tengok pun.huahua...
Now kita terus kan dengan perbincangan kita...

 
Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Fungsi kolagen

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Kesan kolagen pada badan
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Kesan kekurangan kolagen dalam badan
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 
tanda-tanda penuaan

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
so,dah tahukan apa tu kolagen. pengguna kolagen ni khas bagi orang yang berumur 25 tahun ke atas bukan untuk 17 tahun.
sampai sini sahajalah entry kali nie Miss cuma berkongsi dengan apa yang patut di kongsikan sebelum terlambat.so, kawan-kawan jangan lah menggunakan produk yang boleh buat kita dalam bahaya tapi pakai lah produk yang boleh melindungi kita.                                                                                          

Tuesday 3 February 2015

BAHASA MELAYU SPM: Kepentingan Makanan Seimbang

BAHASA MELAYU SPM: Kepentingan Makanan Seimbang: Dasawarsa, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Sejak d...

Monday 2 February 2015

Miss Unknown : Jom berkongsi: maksud selfie dan keburukannya

Miss Unknown : Jom berkongsi: maksud selfie dan keburukannya:  Assalammualaikum kepada pembaca blog ini Hihi sejak kebelakangan ini kita sering mendengar perkataan ‘selfie’ tak kira dari...

Senyum itu Satu Sedekah

                                            

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Syukur alhamdulillah kita masih diberikan udara untuk kita bernafas.

Senyum?
Apa itu senyum?
senyum adalah ungkapan rasa senang ataupun bahagia yang ada dalam dirinya karena sesuatu. Senyum kerana ada perkara lucu, unik ataupun perkara yang membuat dia tertarik dan senang akan hal tersebut.

Mengikut kajian apabila kita mengerutkan wajah,kita menggunakan lebih seribu urat manakala apabila kita tersenyum kita hanya menggunakan satu urat. 

Banyak manfaat apabila kita senyum pada semua orang. jangan senyum sorang2 ye sudah hahaha.

Manfaat senyum manis:

1. Senyum membuat kita lebih tampak menarik.
Orang yang pintar tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang. Orang yg selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.Apabila kita tersenyum manis pasti kita akan mempunyai ramai rakan.

2. Senyum membuat perasaan lebih baik.
 Jika Anda sedang sedih, cbalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut penelitian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah. Walaupun kita mempunyai masalah yang negara sekalipun, senyuman dapat membantu masalah anda.

3. Senyum dapat menularkan energi positif.
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

 4. Senyum menghilangkan stres.
Stres boleh terlihat di wajah. Senyuman boleh melenyapkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika Anda stres, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih lapang. Tapi tetap diperhatikan tempatnya, jangan sampai senyum sembarangan.


6. Senyum menurunkan tekanan darah.
Buktikan dengan mencatat tekanan darah saat Anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat Anda tersenyum saat diperiksa. Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum membuat awet muda.
 Senyuman menggerakkan banyak otot . Akibatnya otot wajah terlatih sehingga Anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan byk tersenyum, Anda akan terlihat lebih awet muda.

Let's show your smile

Marilah sama-sama kita senyum.Bukan sahaja dapat pahala malah ia satu sedekah.

sampai disini sahaja lah entry kali.  Miss rasa dah cukup banyak Miss membebel. hahaha
salam berhemah daripada Miss.. Good TATA!!