Wednesday 18 February 2015

Bersaing secara Sihat



bismillahhirrahmannirrahhim..
dah lama tak buat entry baru..dah berhabuk blog Miss nie hahaha
ye lahkan tak lama lagi exam PK1 wah berdebar-debar siot.

tahun ini lah Miss banyak masuk program, nak kumpul sijilkan. kawad kaki,choral speaking and sukan olahraga. Banyak Miss habiskan masa untuk bersedia dengan competition and study. Kalau boleh semua benda nak rebut.

Kalau kita lihat remaja sekolah seperti Miss, tidak suka bersaing dengan sihat. Mereka lebih suka psiko antara satu sama lain. Pelikkan.. Jujurlah Miss beritahu tak menang pun kalau buat macam , tambah malu ada lah. Lagi-lagi teknologi sekarang semakin hari semakin kuat mencengkam dunia,lagi kuat persaingannya. Contohnya gaduh kat facebook. Itu bukan sepatutnya kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang masih lagi waras. Itu satu contoh untuk orang gila.

Kalau kita tak puas hati kat seseorang , kita patut buktikan pada dia betapa bijaknya kita,betapa hebatnya kita sebeagai pelajar cemerlang. Bukannya betapa hotnya kita dia laman sosial. Itu semua tak patut kita semua lakukan. Maaflah apa yang Miss cakap ini mungkin menyakiti hati beberapa pihak.

 

Bersaing secara sihat juga dapat membantu kita dalam semua perkara seperti dari segi kokurikulum dan kurikulum. Jika kita bersaing dengan cara begini bukan kita sahaja dapat keuntungannya bahkan negara juga bakal melahirkan rakyat yang cemerlang.

So,kawan-kawan seperjuangan ayuh bangkit dan bersaing secara sihat. Tunjukkan kehebatan dalam pelajaran. Dengan ini kita dapat memajukan diri kita dengan bersaing.

ini sahaja entry kali ini..Miss try to be best untuk berkongsi nasihat kepada rakan-rakan blog  Miss.

No comments:

Post a Comment