Thursday 5 February 2015

Sifat Seorang Wanita

Bismillahhirrahmannirahhim

Umat akhir zaman kini kalau kita lihat tiada lagi sifat pemalu lagi terutama bagi kaum wanita. Ramai yang mendedahkan aurat, bergaul bebas, dan ada yang keluar hingga lewat malam, Bukan ke sepatutnya seorang wanita perlu ada sifat pemalu dalam diri? Maaf lah kalau Miss ada menyinggung perasaan pembaca, Tapi kita cuma nak bertegurkan, Sebab kadang-kadang Miss rasa malu bila ada bangsa lain menegur remaja yang beragama islam untuk menutup aurat. Bukankah sepatutnya kita menjadi contoh pada orang yang bukan islam. tapi tidak kita yang mengikut budaya orang yang bukan islam seperti memegang tangan orang yang bukan muhrim(berlainan jantina). Bukankah itu salah? jadi kita dari generasi akhir zaman ini perlu memperbetulkan kembali apa yang tidak betul.

Now,marilah kita lihat ciri seorang wanita yang sepatutnya kita amalkan dari dahulu lagi.

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah.


2. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

 

3. Menutup Aurat
Aurat seorang wanita bagaikan berlian.Ia sangat berharga untuk di pamerkan oleh orang ramai. Sepatutnya di simpan di tempat yang tidak dilihat orang supaya tidak disentuh oleh orang yang bukan suami kita.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
 Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

 

itu hanya salah satu ciri yang Miss sediakan. ada banyak lagi ciri yang perlu ada dalam diri seorang wanita.  Tak susah untuk kita menjaga tingkah laku kita tapi kita perlulah berusaha mengubahnya supaya generasi akan datang tidak akan terpesong oleh budaya barat.

sampai di sini sahaj lah entry kali good night...

No comments:

Post a Comment