Wednesday 18 March 2015

Kelebihan jika kita single

 
Hai teman-teman. Petang-petang ni cari bahan buat entry baru. Hahahah.Ramai orang tanya kenapa Miss masih single? Apa masalahnya kalau Miss single? Miss paling tak suka kalau orang tanya macam tu. Single ke couple ke tak penting. Lagi satu couple boleh dapat apa jer? Rasanya nothing. Betul tak?

 

Single?apa kelebihan apabila kita single?Selalunya kalau couple mesti mengadap handfone sahaja.Tahu tak keburukannya kalau kita meluangkan masa di hadapan telefon,mata kita akan rosak disebabkan cahaya dari skrin telefon.Tapi bila kita single kita dapat isi masa kita dengan buku dan study sahaja sebab tak ada masa nak mesej-mesej dengan orang lain. Kalau kita dah hadap buku jer maka kita dapat skor A.

Next,bila kita single,kita dapat menjimatkan duit belanja kita untuk beli topup. Kalau kita couple,berkemungkinan besar kita banyak habiskan hampir berpuluh-puluh ringgit hanya untuk beli kredit sahaja. Sekurang-kurangnya kalau kita dapat jimatkan duit belanja tu,kita dapat beli benda lain macam tudung ke?baju baru ke? what so ever lah..

Plus,benda yang paling penting,bila kita single kita dapat usha orang lain hahaha. Yelah kan kita cuci-cuci mata kan tengok cowok,tengok cewek hahaha.Miss mengarut lagi.

Mungkin orang kata kita akan rasa sunyi kalau kita tak couple. Siapa cakap?Miss tak pernah sunyi sebab family Miss sentiasa isi hati Miss dengan keseronokan. Selalu luangkan masa dengan Miss. Biasanya Miss banyak luangkan masa dengan buku Miss tak pun blog nie lah yang Miss luangkan. Tak payah nak sibuk-sibuk nak couple sebab Miss tahu Kalau couple pun tak semestinya dapat kahwin dengan orang yang kita couple tu. kan?

 

So,lepas nie jangan lah sedih bila tak ada orang nak ajak kita couple. Tak penting couple tu. Bercinta lepas kahwin lebih baik. Tak ada lah kita tambah dosa.hahah

Dah banyak yang Miss membebel.
okay lah sampai sini sahaja entry kali ini. Bye oppa and unnie

No comments:

Post a Comment