Monday 9 March 2015

Pengalaman Pertama Datang Bulan


hai kawan-kawan,kita jumpa lagi. Curi masa kejap sebelum study haha.
Anda semua pernah melalui alam dewasa kan?mesti lah pernah kalau tak tu maksudnya bukan manusia. Para wanita pasti akan melaluinya.

Ni kisah pertama Miss datang bulan sekadar berkongsi bukan memalukan diri. Kisah ini bagi memberi semangat kepada sesiapa yang baru mengalaminya.
Masa pertama kali Miss terkena perkara ni, Miss berumur 11 tahun semasa darjah 5. kena pulak masa tu bulan Ramadhan. Masa tu Miss sekolah agama pada belah petang. Sebelum hari kejadian (perh dah macam polis) Miss marah kat seorang kawan Miss tau. Memang marah gila sampai tak bertegur. Marah Miss tak berhenti sampai esoknya. Hatinya rasa panas macam nak meletup rasanya. Tapi tak tahu marah sebeb apa..hahaha.
Miss tak rasa apa-apa masa tu. Bila kat sekolah agama..Pada pukul 5:15 petang time tu Miss solat Asar. Dah ambil wudhuk,pakai telekung Miss pun solat then....kawan yang kat belakang Miss tiba-tiba tegur. "eh dara". terkejut beruk Miss masa dia cakap. Miss ingat Miss terduduk kat cat tau. Kawan Miss bawak lah Miss pergi toilet nak pastikan. Bila Miss tengok ya ALLAH!!!! hanya dia yang mengetahui. Mula-mula Miss macam nak nangis tapi nasib baik kawan Miss pujuk Miss. Kawan Miss bawak Miss pergi bilik guru sekolah nak minta bantuan kecemasan. Ustazah Miss bawak Miss pergi toilet nak pasang Pad tu lah.

Masa Miss pakai, Ustazah Miss pesan kalau nak basuh guna tangan kiri dan berselawat. Ustazah Miss pun ada pesan basuh bersih-bersih,bungkus bila nak buang. Hafal doa mandi wajib. Alhamdulillah ingat sampai sekarang.

Bila Miss balik rumah Miss terfikir kalau dah keluar darah haid bermaksud Miss dah semakin dewasa. Walaupun nak jadi budak kecik tapi semua dah tak boleh ...Kita kena move on..

Ini lah pengalaman pertama Miss semasa mula-mula datang bulan. Agak malu bila ibu bertanya , lagi bila budak lelaki tahu lagi lah malu tapi kenyataannya kita kena terima. Terima kasih kepada ALLAH kerana menjadikan kita seorang perempuan.

so lepas ni kalau kena jangan menangis but mesti rasa gembira sebab kita dah dewasa :)
sampai disini untuk entry kali ini


No comments:

Post a Comment