Wednesday 1 April 2015

Berubah untuk ALLAH

 
hai awak semua..dah lama tak buat entry baru.sibuk lah sampai tak ingat nak update blog nie. Lama juga Miss tak update kan?Banyak sangat kerja kat sekolah , tuition lagi sampai nak menghadap laptop pun perlukan masa berhari-hari. Hahaha banyak pulak membebelnya.

Okay kita terus kepada tajuk. Berubah?Hijrah? Berubah daripada perkara yang buruk kepada perkara yang menuju ke jalan ALLAH.Ramai artis terkenal sekarang sudah berhijrah.Orang yang diluar sana fikir apabila kita memakai tudung labuh,memakai jubah itu satu perubahan. Itu satu kesilapan sebenarnya. Kalau nak berubah bukan dengan hanya memaki pakaian yang menutup aurat tapi ubah kan hati itu adalah penting. Kalau pakai pakaian yang  menutup aurat tapi perangai serupa dengan syaitan buat apa. Itu hanya mempermainkan Agama islam yang suci ini. Mencemarkan nama baik umat islam didalam dunia ini. Pakai pakaian menutup aurat tapi tinggal solat apa gunanya?Minta dijauhkan Ya Allah.

Pakaian yang menutup aurat tak meletakkan iman seseorang itu .Hati manusia yang menceritakan siapa kita.Ubah kan niat dalam hati itu. Berubah untuk mendapat redhaan ALLAH bukan penghormatan manusia. Amalkan ilmu ALLAH dengan ikhlas bukan untuk menunjukkan kepada manusiayang kita bijak.

Sampai sini sahaja ceramah express dari Miss sampai ketemu lagi ye...

No comments:

Post a Comment