Wednesday 1 July 2015

Holiday at Melaka part 2


Assalammualaikum hello Hai Hai awak semua kita jumpa lagi di part 2 huahua. Okay kita sambung untuk hari kedua. Kitorang group pertama yang bangun awal. Bila dah siap-siap, apa lagi selfie time haha. Favourite activity kitorang. Tak puas Kat bilik sambung selfie kat luar konon ye pemandangan cantik kat luar. Padahal sama jer nak cari sudut yang cantik katakan. After that kitorang pergi makan kat cafeteria. Cuma group kami dan cikgu saje ada kat situ. Budak lelaki?Hmmm tido lagi lah kot haha. Katanya ngeteH malam tadi Hmmm haha. Lepas siap makan kitorang pergi kemas-kemas barangan untuk check out from the chalet dan jugak nak pergi ke destinasi yang selanjutnya.

Destinasi yang selanjutnya adalah planetrium. Memang first time ke sini so miss ceritakan sikit ye. Disini tempat ilmu astronomi,ilmu kejadian pembentukkan






um sesuatu planet. Agak menyeronokkan sebab kita dapat ilmu yang baru. Bukan itu sahaja, kitorang pi bilik tayangan perdana untuk pelawat yang datang. Tayangannya macam filem 3D. Semua nak terkeluar haha. After tayangan,cikgu bagi masa untuk kitorang jAlan sekeliling planetrium. Time tu semua dah boring tau. So semua dah duduk haha. Kaki miss pun macam nak. Tercabut.

Lepas planetrium kitorang gerak keeeeee... Mydin shopping mall lagi. Di sebabkan ttak ada duit and semua dah pokai so hanya tengok-tengok jer yang mampu hahaha. Kat situ barangan ye agak berpatutan juga lah. Sebab mungkin kami pelajar so shopping-shopping nie agak terbatas juga. Satu mall kitorang dah pusing. Dah penat kitorang pi minum-minum pulak. Order air jee yang mampu hahaha dah pokai kan.. Lepas mall kitorang pi last destination. Dah macam cerita hantu haha.






Last destination kitorang ada lah mini Malaysia. Wuwu tempat nie adalah kawasan replika rumah-rumah lama yang Bina oleh orang lama dahulu. Kat sini ada replika rumah Johor. Selangor dan semua negeri dalam malaysia ini. Setiap rumaH miss and kawan miss masul sebab tak pernah masuk so masuk semua sekali. Rumah replika paling miss.suka rumah panjang sabah
Rumah panjang sabar sangat besar and buatan nya agak baik dan kukuh. Memang satu pengalaman yang baru tau. Lepas dah seronok tengok replika rumah,Kitaorang pi beli cenderahati sebagai kenangan dari tanah melaka. Bila semua dah berkumpul kitaorang semua pulang ke negeri asal kami iaitu Johor Darul takzim. Alhamdulillah.

So tamat sudah penceritaan 2 hari di tanah melaka yang penuh bersejarah. Hope memory ini kekal and persahatan kami akan kekal selamanya. Insyallah.
Okay lah sampai Sini sahaja miss cerita. Harap dapat pi bercuti lagi untuk jeles kan korang.. Maaf kalau terkasar bahasa babai Assalammualaikum.


No comments:

Post a Comment