Saturday 29 August 2015

Kita mesti dewasa

Assalammualaikum sahabat. Apakah kita sedar dunia ini semakin hari semakin tua? Kita juga begitu. Perlu sedar yang kita akan semakin dewasa dan akan tua. Saat kita dilahirkan, kita akan menjalani stage-stage tertentu untuk membesar. Kita mula merangkak,mula berdiri dan akhirnya mula berjalan. Itu menunjukkan kita akan membesar dan menjadi dewasa. Ramai diluar sana inginkan zaman kanak-kanak mereka kembali. Yup. Zaman kanak-kanak memang seronok. Tak ada masalah. Malahan kita buat masalah. Adakah kita sedar yang kita memang perlu membesar? Jika kita tidak membesar dan menjadi dewasa,apa akan jadi dengan dunia ini?cuba bayangkan yang dunia di perintah oleh budak kecil. Adakah dunia ini akan aman dan damai dengan akal kanak-kanak kecil ini? Hmm of course tidak kan...

Tapi bila kita lihat dihadapan adakah aman dunia ini apabila diperintah oleh mereka yang dewasa? Tidak jugak. Terlalu banyak darah yang tumpah akibat perangai mereka yang dewasa. Adakah mereka matang? Atau pun mereka belum dewasa lagi?
Hmm persoalan itu tiada siapa akan jawab kan.

Jadi kita yang merdeka ini,bangun lah dari mimpi fantasi dan melihat dunia realiti. Dan fikir adakah kita sudah dewasa?ataupun kita masih tidak matang serupa kanak-kanak kecil. Dewasa kah kita jika kita melakukan jenayah?dewasakah kita jika kita melakukan perbuatan sumbang?
Fikir lah wahai manusia...
Ini lah masanya semua manusia bangub dari mimpi. No paradise in our world.

No comments:

Post a Comment