Friday 27 November 2015

Hatiku pada akhir tahun 2015


lama tak online blog nie. jadi sunyi dah blog nie. hmm haha sibuk lah akhir-akhir nie. SPM masih tinggal dua paper yadoii tak sabar nak habis sekolah nak legakan kepala hotak miss nie haha.. tengok lah melalot terlebih. ponat mok nak cito

siapa tahu disebalik kerisauan untuk exam terselit rasa sedih. sedih yang teramat sangat sehingga boleh meluruhkan air mata. siapa akan jangka memori pahit datang kembali. siapa akan tahu apa akan terjadi pada diri mereka. siapa sangka wajah yang sering tersenyum , ketawa riang sebenarnya dalam keadaan sedih melayan perasaan. hanya penulisan yang dapat menceritakan semuanya. dan hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya hati ini sehingga tidak sanggup mengatakannya. cuma berharap agar mimpi ngeri ini akan pergi untuk selamanya dan tak akan kembali. tiada siapa yang tahu hati ini sedih. dan dia tidak mahukan simpati dari mereka-mereka.

hati ini juga berharap agar luka yang kian pulih ini tidak akan kembali berdarah. berharap sangat ini hanya mimpi yang datang dari syaitan dan ingin bangun dari tidur yang ngeri ini agar hati ini dapat percaya bahawa diri ini tidak pernah ditinggalkan dan tidak pernah dilukai. hati ini sangat mengharapkan yang semua ini tidak pernah berlaku. hati ini juga menginginkan dia tidak wujud dalam hati ini. sangat berharap.

hati ini hanya boleh lihat dari jauh sahaja. hati ini perlu menelan rasa pahit itu. hati ini hanya boleh diam sahaja. hati ini hanya mampu tersenyum sahaja. hanya mampu diam membisu.

tetapi hati yang luka ini harus menerima realiti yang pahit ini supaya luka itu sembuh. hati ini perlu percaya yang dia tidak lagi disayangi dan telah dilupakan. hati ini juga tidak sepatutnya membiarkan diri ini terus sakit. walaupun pedih hati ini, dia tetap menerimanya. hanya mampu menikmati kenangan pahit ini. apa yang hati ini mampu lakukan selain hanya berdoa yang maha Esa. hanya mampu mendiamkan diri dalam sebuah senyuman yang pasti. tiada lagi yang mampu hati ini mampu lakukan. hanya masa yang  boleh menentukan segalanya.


No comments:

Post a Comment