Saturday 19 December 2015

mood dalam lagu


semakin hari semakin kurang mengupdate blog ni. idea kat kepala ni tak keluar tu yang dua hari sekali jer update. kalau terasa nak buat entry baru, baru lah nak update kalau tak asyik mereput jer kat rumah ni sambil makan kuaci.

lagu.. semua readers dengar lagu kan. mesti kat dalam fon or dalam mp3 penuh dengan lagu. tak kesah lah lagu genre apa jer. korea ke melayu ke inggeris ke..tak pun hindustan (hahaha) mesti tetap ada. kalau yang minat korea itu mesti banyak mendownload or bluetooth or yang sewaktu dengannya.


mood ni kekadang dia terikut dengan lagu tau. lagu yang diperdengarkan kekadang membawa mood. sebab itu kekadang orang yang tengah putus cinta pasti dengar lagu sedih sebab baru jer kene tinggal tu yang dengar lagu sedih memanjang. tapi bila kita hangat bercinta or couple mesti kita dengar lagu yang sweet-sweet. kalau tidakpun mesti kalau kita gembira kita dengar lagu rock ataupun rancak. biasalah mood ni kan pelbagai itu yang kalau dengar lagu ni sampai terbawa-bawa perasaan tu.

contohlah kita dengar lagu korea kan.. contohnya lagu destiny by infinite lagu tu rancak confirm lah kita akan joget or menari sekali. kekadang terikut sekali dorang ni menyanyikan. so, mood kat situ pun nampak gembira and takkan sedih kan. kalau nak lepaskan stress pun boleh hahaha.. (joget macam orang gila). lagu korea pun memang banyak. tapi miss suka lagu yang rancak-rancak ni kalau lagu korea lah.

bila kita amik lagu inggeris pulak mesti kebanyakkannya lagunya sweet-sweet gitu. kebanyakkannya macam tu lah lagunya sweet banget haha. contohnya macam lagu locked away. lagunya memang sweet miss suka sangat lagu tu. sampai buat miss nak bercinta kembali haha. ayat perh klise betul. mood dengar lagu pun berbunga-bunga wey. terasa bahagia pabila menyanyi.

kalau lagu melayu or indonesia pasti kebanyakkannya semuanya sedih-sedih.cuba tengok orang tengah bersedih pasti bukak lagu melayu or indonesia yang sedih. pasti berderai air mata. meleleh hingus hijau huahua. ye lahkan mood sedih tu dengar lagu pun sedih.

lagu-lagu ini lah yang memainkan peranan dalam handle mood ni pabila membuat observation (perh manyak speaking i hari ni) contoh lah kita tak nak sedih confirm lah kita dengar lagu yang ceria and happening kan. kalau orang tengah fade up confirm pi karoeke baru rasa lega and feeling better kan. okay lah sampai situjer entry kali ni...

Thursday 17 December 2015

Semakin Resah dengan Result SPM


hello readers...wuuuuuwaaaaa lama tak update entry baru. tak ada idealah akhir-akhir ni. lagi satu mood pulak tak ada nak buat entry. holiday macam ni memang boring sebab semua sibuk nak pi holiday pun payah, so memang sukar bagi saya menggembirakan diri. setiap hari adalah kerja. sejak dah tak sekolah and dah tamat sekolah ni kerja saya hanya kemas rumah, sapu rumah siram bunga and masak sahaja. lain kerja melantak tv (cerita drama korea) sambil makan popcorn tambah tidur sekali. tu jer lah kerja miss. dah macam ibu-ibu, para isteri pulak gayanya.no feeling nak buat apa-apa. nak kerja tapi tak ada transport pulak nak pi kerja biasalah anak manja macam miss ni memang banyak kesukaran daripada kesenangan. so kita makan, tidur, berak jer lah kat rumahnya. dah banyak sangat miss merepek sambil makan kerepek nie.

miss memang akhir-akhir ni memang agak resah sikit bukan sikit lagi memang resah gila. banyak dengar pasal result spm ni. macam-macam sampai depress miss dibuatnya. ye lah kan nak amik result lepas tu ibu pulak cakap yang pelik-pelik kalau tak dapat straight A's. banyak sunggu tekanan sampai tak lalu nak makan. tak ada mood nak tengok tv.  tak lena nak tidur. pelbagai lah. miss dengar ramai yang tak lulus sejarah and bahasa malaysia. benarkah? katanya dah disiarkan di astro awani. makin lah tertekan. serius ni soalan memang susah tapi masih boleh jawab lah. bila dengar berita yang macam ni tahap keyakinan terus jatuh merundum.

ada yang lagi best, result spm diumumkan awal iaitu 23 januari 2016. cepat sungguh. terlalu banyak spekulasi yang disiarkan di laman sosial yang buat miss bertambah tertekan plus gila tentang result miss. nak sambung study lagi macam-macam. buat hidup miss langsung tak aman. asyik fikir jer benda tu. spekulasi yang disebarkan itu menyebabkan ramai yang kecoh seperti kepochi and menjadi lebih huru hara seperti esok sudah tiada.

miss nie pun hanya tawakal and banyak berdoa untuk menghilangkan resah di hati miss. insyaallah kalau kita sudah berusaha pasti akan berjaya kan. amin insyaallah.

Monday 14 December 2015

berani menempuh segala cabaran


spm sudah pun berakhir. tidak disangka-sangka yang kini aku bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah bahkan aku bukan lagi seorang kanak-kanak kecil yang berlari bertempiaran melarikan diri daripada dipukul. budak lepasan spm ini tidak berbuat apa-apa selain melihat laptopnya di rumah. melihat pemandangan sambil mengenang masa akan datang. hidup aku kini seperti lifeless nothing happen nothing want to do and soooooo boring.  aku rasa aku lah yang paling lifeless dalam kalangan kawan-kawan aku yang lain hahaha.

berhentilah mengarut...

tajuk entri berani menempuh dugaan. sebagai budak lepasan spm mestilah kita kena keluar mencari pengalaman kan? seperti bekerja. yang kita tahu dunia pelajar sekolah berbeza dengan dunia orang-orang dewasa. sebagai seorang yang baru dewasa ini kita mestilah berani mencuba segalanya. jangan lari jika kita ada masalah. jangan pernah sia-siakan hidup untuk berkahwin dengan pasangan. jika boleh pergilah merantau ke tempat yang jauh seperti peribahasa melayu ' jauh perjalanan luas pemandangan'. dunia dewasa ini memang mencabar. banyak masalah untuk difikirkan oleh mereka yang dewasa.tiada yang senang di dunia ini. lagi-lagi dalam bab nencari duit.memang sukar bahkan tak tahu sampai bila perkara ini akan berlanjutan.

apabila kita keluar daripada budak lepasan spm , kita perlu tahu yang kita mesti kuat dari segi mental dan rohani. menghadapinya agar hidup kita tidak menjadi terlalu drastik mengikut peredaran dunia (kejutan budaya). apa yang pasti kita kena berani menepis semua anasir menjadi cabaran kita. hidup di dunia ini tak lama pasti ada yang pergi. jadi kita buatlah aktiviti yang kita ingin buat. kita nikmatlah semuanya agar tidak menyesal. menceburi semua perkara ada sesuatu yang baru untuk kita.

jadi kita mesti lah berani menempuhi cabaran. memang kekadang ia pedih tetapi kita kena jugak tempuh semuanya. insyaallah kita akan berasa puas.

Wednesday 9 December 2015

pengalaman terindah- kakiku digigit lipan

                                         

 wow hari ini yang paling miss takkan lupalah. yang semestinya miss akan lebih berhati-hati apabila memijak lantai. memang tak disangka.

ceritanya mulanya macam nie, miss tengah sedap pi tengok drama korea ' the time we not in love'  tongah sodap tonton tv tetiba si abang miss nie panggil miss. miss pi lah congok mat depan pintu. tetiba miss rasa ada benda yang gigit bawah tapak kaki miss. miss ingat semut api tau. mula-mula tu tak sakit sangat. makin lama makin sakit kaki miss. miss angkat lah kaki terkejut sampai terkentut miss tengok lipan kat bawah kaki. dia dah gigit kaki miss dia lari kaki sebelah then gigit kaki miss lagi. perh sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu.hampir tergolek miss sebab sakit. miss menjerit panggil 'LIPAN LIPAN!!!' dah macam orang gila you know. lipannya tu tak ada lah besar tapi bila dia gigit sakit sangat.

yang paling tak boleh belah. adik and abang miss biarkan jer..cari lipan ye sekejap jer lepas tu baring macam tak ada pape berlaku. hmmm hampeh betuii. ibu miss yang sapukan minyak kat kaki miss. mula-mula tu sakit lepas tu gatal pulak hahaha. nak garu nanti sakit balik pulak kang.

akhirnya setelah 30 minit berlalu sakit dah kurang yang tinggal hanya kesejukkan minyak urut huhu. itu sahaja cerita lipan hari ini. miss takut nak masuk bilik tidur adik and abang miss sebab lipan ye tak dijumpai lagi. kalau jumpa miss bunuh sampai mati hahaha ketawa jahat.

Monday 7 December 2015

bestfriend sepanjang hayat



huuuuuyaaaaa finally exam spm dah habis. alhamdulillah habis jugak dugaan and cabaran yang miss terima. sekarang berdebar tunggu result jer lah. risau gila kot. dah lah jawab macam taik hahaha.hari-hari terakhir ni lah lepak dengan member-member semua. memang lah sedih tapi nak buat macam mana itu yang terakhir. it's okay asal seronok jer. penuh dengan dugaan dalam hidup kita ni.

kasih sayang kami takkan terpisah beb. itulah yang miss rasa sekarang nie. diorang nie lah yang tolong miss masa miss dalam keadaan huru hara. tolong miss dalam homework semua. ingatkan miss buat apa yang perlu. kitoeang juga ada impian tau..katanya nak bukak bakery M.E.R.S insyaallah kalau ada rezeki itu lah kami buka. semoga persahabatan ini until jannah. mereka inilah yang akan bawa aku ke syurga kelak.

setiap daripada kami banyak perwatakan. ada yang suka melawak,ada yang blur blur, ada yang spoting banyak sangat perwatakkan kami ini. yang paling penting mereka inilah yang memahami dan banyak membantu time saat susah.dorang nie yang selalu karok bersama. tengok wayang bersama. gelak pun bersama. semuanya bersama. saat indah time itu. bila lagi dapat buat begitu... insyaallah kalau ada masa kita enjoy lagi hahahaha

insyaallah insyaallah insyaallah jika ada jodoh mereka inilah yang akan jaga dan berkawan dengan miss sehingga akhir hayat.

Friday 4 December 2015

korean drama The Village- kasih sayang yang tidak akan putus



korang ada tengok tak drama korea The Village? siapa-siapa yang minat korea pasti akan menontonnya. kisah  The Village itu mengisahkan seorang adik (Han So Yoon) yang mencari rahsia kematian kakak angkatnya setelah mendapat surat daripada kampung Achiara. hal ini merupakan penglibatan seorang yang kaya dikampung tersebut. Han So yoon bertemu seorang polis untuk membantunya dalam mencari rahsia tersebut. itu sahaja alkisah The Village hihi.





tanpa disedari drama tersebut memberikan pengajaran kepada miss sendiri. rupa-rupanya rahsia yang disimpan itu adalah kasih sayang seorang anak yang terlalu rindu akan ibu kandungnya. pada penghujung cerita ini, ada scene yang menayangkan seorang anak sanggup datang berjumpa dengan ibunya yang tidak pernah menganggap dia sebagai anak. kerana hal itu, anaknya mencari ayah kandungnya untuk membuktikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini. akibat terlalu sayang akan anak, dia sanggup datang ke tempat silamnya semata-mata untuk menyelamatkan anaknyadaripada diapa-apakan.

begitu lah kisahnya. sadiskan.kalau nak tahu selanjutnya kene menonton. betapa besarnya kasih sayang terhadap anak dan ibu sehingga sanggup menyerahkan nyawanya demi menyelamatkan orang yang tersayang. kasih sayang antara anak dan ibu takkan boleh di pisahkan walaupun beribu batu jauh terpisah. walaupun betapa pahitnya memori itu kasih sayang tetap dapat dialirkan. indahnya hubungan ibu dan anak. banyak pengorbanan yang disalurkan oleh seorang ibu demi anaknya. sebab itu Allah telah perintahkan kepada umat islam agar menghormati ibu,ibu, ibu dan ayah kita. kerana mereka lah kita wujud di dunia ini. kerana merekalah kita bernafas hari ini. kerana mereka kita berjaya hari ini.

sayangi lah mereka selagi masih ada. jika sudah pergi,banyakkan doakan kepada mereka bagi menyinari kediaman mereka di sana.

revolusi kanak-kanak

 
revolusi kanak-kanak. dalam pemerhatian miss lah kan, kanak-kanak pada masa dahulu berbeza berbanding pada masa kini. terlalu jauh perbezaannya sehingga miss sendiri terkejut hampir terkentut bila melihatnya dengan mata kepala sendiri.kanak-kanak bukan macam dahulu hanya mendiamkan diri. sekarang kanak-kanak banyak bercakap.

dahulu kalau kita lihat kanak-kanak, suka main masak-masak, main pondok-pondok,main guli main ting-ting banyak lagi lah kalau kita semua perasaan. tetapi kanak-kanak pada masa ini kalau kita nampak permainannya ada lah tab,komputer, telefon pintar dan pelbagai gajet lagi lah. kanak-kanak yang berumur 2-5 tahun sudah pandai bermain game online seperti Clash of Clan (COC). wauu menakjubkan bukan? bayangkan tangan yang comel itu memegang peralatan elektronik itu. bukan itu sahaja, kanak-kanak seperti ini berkemungkinan besar akan menonton video prono yang mungkin akan meningkatkan tahap masalah sosial di negara ini pada masa hadapan.

bagi kanak-kanak yang berumur 11-14 tahun sudah pandai pergi karoeke. bukan kah tempat sebegitu  selalu dilawati oleh golongan dewasa yang sudah mencecah umurnya pada tahap dewasa? pada umur sebegitu mudah bukan kah sepatutnya mereka duduk dirumah dan belajar atau menolong ibu bapa mereka? bukan itu sahaja mereka juga pergi ke kawasan itu tanpa pengawasan ibu bapa. bukan kah hal sebegini akan menimbulkan masalah?
jikalau ada sesuatu yang terjadi siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap kanak-kanak tersebut?

hal ini berpunca daripada ibu bapa mereka yang tidak prihatin terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. kerana terlalu banyak memikirkan kerja mereka,anak-anak mereka pun tidak dipedulikan. tanpa pengawasan ibu bapa, kanak-kanak akan menjadikan minda mereka semakin terbuka kerana tiada langsung amaran dan peraturan daripada ibu bapa mereka. di sini lah salah satu permulaan bagi gejala sosial. membiarkan anak-anak mereka yang masih kecil,yang baru ingin melihat dunia keluar berseronok dengan kawan-kawan tanpa pengawasan orang dewasa.

tonton sahaja televisyen pasti ada kes buang bayi,dadah dan sebagainya yang melibatkan remaja. mula daripada kanak-kanak lagi sudah mencapai tahap bebas, apatah lagi sudah dewasa. cuba tonton televisyen, pasti ada berita mengenai kanak-kanak yang menunjuk-nunjuk menghisap vape. apakah tujuannya itu? dimanakah ibu bapa mereka? mengapa mereka melakukan perkara tersebut? hal ini kerana ibu bapa tidak prihatin terhadap anak mereka sehingga menjadikan anak-anak mereka terlalu bebas.

inilah realiti dunia pada masa ini. inilah yang dikatakan revolusi kanak-kanak. inikah yang dikatakan dunia maju? inikah yang dikatakan generasi kini akan membangun. silap sama sekali.. jika perkara ini berterusan negara pasti akan musnah.
jadi ubah lah segalanya demi masa hadapan.

Thursday 3 December 2015

membaca is awesome


Siapa tahu membaca banyak memberi manfaat kepada kita. terlalu banyak sampai tidak boleh dikira. kita dapat membaca ini melalui pelbagai kaedah seperti membaca entri miss ini (haha berseloroh sekejap).
membaca ini boleh dikatakan awesome. kalau tak baca macam mana kita tahu arah jalan pada signboard jalan. tak pun maklumat yang diberikan oleh telefon pintar. sekarang pun kalau nak makan pun kena membaca juga. tak percaya? kalau nak order makanan mesti kita kena baca menu kan? so membaca ni kepada umat manusia sangat penting. membaca inilah adalah satu permulaan evolusi manusia maju ke hadapan. cuba kita lihat negara maju yang lain, mereka sangat suka akan membaca tak kisah lah membaca apa sahaja,suratkhabar ke,handphone ke, buku ke,,, sebab itu lah negara mereka sangat maju berbanding kita kerana sikap mereka yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.


Image result for membaca

walaupun hanya membaca sedikit maklumat, tetapi kesannya terlampau banyak. contohnya, dengan hanya membaca sepuluh huruf daripada al-quran , kita mampu mendapat pahala yang berganda. banyakkan kesannya daripada membaca?
bukan setakat itu sahaja... dengan hanya membaca sebuah buku tentang seseorang, kita mampu mengetahui peristiwa dan peribadi seseorang itu seperti buku #Amoi Berhijab. buku tersebut mengenai tentang kisah seorang artis yang terkenal bernama Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap yang telah memasuki agama islam. buku ini amat bagus bagi memberi dorongan kepada umat yang lain dalam menjalani ibadah islam.

membaca juga dapat memberikan kita banyak ilmu pengetahuan. dalam dunia ini ilmu itu penting bagi memajukan negara. bukan itu sahaja membaca ini menjadikan kita mengetahui segalanya tentang kehidupan. tanpa ilmu kita seperti orang jahilliyah yang tidak mengetahui apa-apa.
oleh itu kawan-kawan diluarsana marilah amal kan sifat suka membaca ini.

bukan setakat itu sahaja, membaca jugak boleh buat kita terhibur. hmm tak percaya? contohnya kita baca novel, seperti novel cinta, novel horror dan sebagainyalah. pasti ada scene yang boleh buat kita ketawa, menangis atau marah. hal ini kerana novel ini yang ditulis oleh penulis karya yang berbakat bagi perkembangan emosi kita. hal ini juga menjadikan kita boleh berimaginasi. so tak ada sebab orang kata yang membaca ini membosankan.

oleh itu, sebagai generasi masa kini marilah kita semua amalkan sifat suka membaca ini dalam diri masing-masing supaya kita mampu bersaingan dengan negara maju yang lain.

Tuesday 1 December 2015

sahabat change to percintaan






alhamdulillah semoga Allah merahmati kita semua.
banyak yang kita tahu apabila kita berkawan yang berlainan jantina pasti dalam hati kita terdetik sedikit perasaan aneh atau yang lebih baik perasaan cinta. oleh sebab itu dalam islam, kita sebagai umatNya perlu ada batas dalam pergaulan seperti bertepuk tampar,bersentuhan kulit dan memperlihatkan aurat masing-masing.


perasaan itu mungkin terbit dengan perlahan kerana kawan terutamanya dilabelkan sebagai bestfriend forever akan selalu berada disisi kawan rapatnya. kadang-kadang mungkin dah kenal sejak daripada kecil lagi yang mengakibatkan si dia sangat mengenali kita dan sangat rapat. teman rapat kita ini lah yang sering mendengar rungutan,masalah dan sebagainya. jadi kurangkan berceritakan hal peribadi inj.

kadang-kadang juga perasaan ini juga muncul dengan tidak sengaja. hal ini mungkin disebabkan hasutan daripada sang suara syaitan. jadi kita sebab umat islam tidak seharusnya mendengar hasutan tersebut dan menyematkan niat bagi sekadar berkawan sahaja. niat itu penting bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke arah maksiat.

elak menjadi terlalu rapat apabila terbitnya perasaan cinta. hal ini kerana hubungan yang rapat bukan sahaja menyebabkan kita jatuh cinta bahkan mungkin tercetusnya perasaan cemburu terhadap teman rapatnya.



perkara sebegini mungkin akan hubungan persahabatan kita akan terputus dengan begitu mudah. jadi beringat lah sebelum melaksanakannya. yang pasti Allah dah menentukan semua jodoh , ajal, pertemuan dah sebagainya.jika dah jodoh pasti tidak kemana. insyaallah