Monday 14 December 2015

berani menempuh segala cabaran


spm sudah pun berakhir. tidak disangka-sangka yang kini aku bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah bahkan aku bukan lagi seorang kanak-kanak kecil yang berlari bertempiaran melarikan diri daripada dipukul. budak lepasan spm ini tidak berbuat apa-apa selain melihat laptopnya di rumah. melihat pemandangan sambil mengenang masa akan datang. hidup aku kini seperti lifeless nothing happen nothing want to do and soooooo boring.  aku rasa aku lah yang paling lifeless dalam kalangan kawan-kawan aku yang lain hahaha.

berhentilah mengarut...

tajuk entri berani menempuh dugaan. sebagai budak lepasan spm mestilah kita kena keluar mencari pengalaman kan? seperti bekerja. yang kita tahu dunia pelajar sekolah berbeza dengan dunia orang-orang dewasa. sebagai seorang yang baru dewasa ini kita mestilah berani mencuba segalanya. jangan lari jika kita ada masalah. jangan pernah sia-siakan hidup untuk berkahwin dengan pasangan. jika boleh pergilah merantau ke tempat yang jauh seperti peribahasa melayu ' jauh perjalanan luas pemandangan'. dunia dewasa ini memang mencabar. banyak masalah untuk difikirkan oleh mereka yang dewasa.tiada yang senang di dunia ini. lagi-lagi dalam bab nencari duit.memang sukar bahkan tak tahu sampai bila perkara ini akan berlanjutan.

apabila kita keluar daripada budak lepasan spm , kita perlu tahu yang kita mesti kuat dari segi mental dan rohani. menghadapinya agar hidup kita tidak menjadi terlalu drastik mengikut peredaran dunia (kejutan budaya). apa yang pasti kita kena berani menepis semua anasir menjadi cabaran kita. hidup di dunia ini tak lama pasti ada yang pergi. jadi kita buatlah aktiviti yang kita ingin buat. kita nikmatlah semuanya agar tidak menyesal. menceburi semua perkara ada sesuatu yang baru untuk kita.

jadi kita mesti lah berani menempuhi cabaran. memang kekadang ia pedih tetapi kita kena jugak tempuh semuanya. insyaallah kita akan berasa puas.

2 comments: