Friday 4 December 2015

korean drama The Village- kasih sayang yang tidak akan putus



korang ada tengok tak drama korea The Village? siapa-siapa yang minat korea pasti akan menontonnya. kisah  The Village itu mengisahkan seorang adik (Han So Yoon) yang mencari rahsia kematian kakak angkatnya setelah mendapat surat daripada kampung Achiara. hal ini merupakan penglibatan seorang yang kaya dikampung tersebut. Han So yoon bertemu seorang polis untuk membantunya dalam mencari rahsia tersebut. itu sahaja alkisah The Village hihi.





tanpa disedari drama tersebut memberikan pengajaran kepada miss sendiri. rupa-rupanya rahsia yang disimpan itu adalah kasih sayang seorang anak yang terlalu rindu akan ibu kandungnya. pada penghujung cerita ini, ada scene yang menayangkan seorang anak sanggup datang berjumpa dengan ibunya yang tidak pernah menganggap dia sebagai anak. kerana hal itu, anaknya mencari ayah kandungnya untuk membuktikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini. akibat terlalu sayang akan anak, dia sanggup datang ke tempat silamnya semata-mata untuk menyelamatkan anaknyadaripada diapa-apakan.

begitu lah kisahnya. sadiskan.kalau nak tahu selanjutnya kene menonton. betapa besarnya kasih sayang terhadap anak dan ibu sehingga sanggup menyerahkan nyawanya demi menyelamatkan orang yang tersayang. kasih sayang antara anak dan ibu takkan boleh di pisahkan walaupun beribu batu jauh terpisah. walaupun betapa pahitnya memori itu kasih sayang tetap dapat dialirkan. indahnya hubungan ibu dan anak. banyak pengorbanan yang disalurkan oleh seorang ibu demi anaknya. sebab itu Allah telah perintahkan kepada umat islam agar menghormati ibu,ibu, ibu dan ayah kita. kerana mereka lah kita wujud di dunia ini. kerana merekalah kita bernafas hari ini. kerana mereka kita berjaya hari ini.

sayangi lah mereka selagi masih ada. jika sudah pergi,banyakkan doakan kepada mereka bagi menyinari kediaman mereka di sana.

2 comments:

  1. macam seronok jee cerita ni. hihii. sy mmg minat betul drama korea tapi takde laa addict sgt. kalau dah tengok tuu rasa tak sabar jee nak tahu ending tp pada masa yg sama taknak drama tu habis. hahahahaa
    btw kite dah follow blog ni number 27! nice blog dear:)
    from: http://bajuwarnacoklat.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan cerita nie memang best banyak suspens sampai sifat teringin nak tahu timbul hahaha..sama lah kita..tq sangat2

      Delete