Saturday 19 December 2015

mood dalam lagu


semakin hari semakin kurang mengupdate blog ni. idea kat kepala ni tak keluar tu yang dua hari sekali jer update. kalau terasa nak buat entry baru, baru lah nak update kalau tak asyik mereput jer kat rumah ni sambil makan kuaci.

lagu.. semua readers dengar lagu kan. mesti kat dalam fon or dalam mp3 penuh dengan lagu. tak kesah lah lagu genre apa jer. korea ke melayu ke inggeris ke..tak pun hindustan (hahaha) mesti tetap ada. kalau yang minat korea itu mesti banyak mendownload or bluetooth or yang sewaktu dengannya.


mood ni kekadang dia terikut dengan lagu tau. lagu yang diperdengarkan kekadang membawa mood. sebab itu kekadang orang yang tengah putus cinta pasti dengar lagu sedih sebab baru jer kene tinggal tu yang dengar lagu sedih memanjang. tapi bila kita hangat bercinta or couple mesti kita dengar lagu yang sweet-sweet. kalau tidakpun mesti kalau kita gembira kita dengar lagu rock ataupun rancak. biasalah mood ni kan pelbagai itu yang kalau dengar lagu ni sampai terbawa-bawa perasaan tu.

contohlah kita dengar lagu korea kan.. contohnya lagu destiny by infinite lagu tu rancak confirm lah kita akan joget or menari sekali. kekadang terikut sekali dorang ni menyanyikan. so, mood kat situ pun nampak gembira and takkan sedih kan. kalau nak lepaskan stress pun boleh hahaha.. (joget macam orang gila). lagu korea pun memang banyak. tapi miss suka lagu yang rancak-rancak ni kalau lagu korea lah.

bila kita amik lagu inggeris pulak mesti kebanyakkannya lagunya sweet-sweet gitu. kebanyakkannya macam tu lah lagunya sweet banget haha. contohnya macam lagu locked away. lagunya memang sweet miss suka sangat lagu tu. sampai buat miss nak bercinta kembali haha. ayat perh klise betul. mood dengar lagu pun berbunga-bunga wey. terasa bahagia pabila menyanyi.

kalau lagu melayu or indonesia pasti kebanyakkannya semuanya sedih-sedih.cuba tengok orang tengah bersedih pasti bukak lagu melayu or indonesia yang sedih. pasti berderai air mata. meleleh hingus hijau huahua. ye lahkan mood sedih tu dengar lagu pun sedih.

lagu-lagu ini lah yang memainkan peranan dalam handle mood ni pabila membuat observation (perh manyak speaking i hari ni) contoh lah kita tak nak sedih confirm lah kita dengar lagu yang ceria and happening kan. kalau orang tengah fade up confirm pi karoeke baru rasa lega and feeling better kan. okay lah sampai situjer entry kali ni...

2 comments:

  1. Hari2 mkn kuaci ke? hihi..kalau sy suka lagu english.. >_<

    ReplyDelete
  2. Hi perkongsian menarik, done follow, follow me back :)

    ReplyDelete