Friday 4 December 2015

revolusi kanak-kanak

 
revolusi kanak-kanak. dalam pemerhatian miss lah kan, kanak-kanak pada masa dahulu berbeza berbanding pada masa kini. terlalu jauh perbezaannya sehingga miss sendiri terkejut hampir terkentut bila melihatnya dengan mata kepala sendiri.kanak-kanak bukan macam dahulu hanya mendiamkan diri. sekarang kanak-kanak banyak bercakap.

dahulu kalau kita lihat kanak-kanak, suka main masak-masak, main pondok-pondok,main guli main ting-ting banyak lagi lah kalau kita semua perasaan. tetapi kanak-kanak pada masa ini kalau kita nampak permainannya ada lah tab,komputer, telefon pintar dan pelbagai gajet lagi lah. kanak-kanak yang berumur 2-5 tahun sudah pandai bermain game online seperti Clash of Clan (COC). wauu menakjubkan bukan? bayangkan tangan yang comel itu memegang peralatan elektronik itu. bukan itu sahaja, kanak-kanak seperti ini berkemungkinan besar akan menonton video prono yang mungkin akan meningkatkan tahap masalah sosial di negara ini pada masa hadapan.

bagi kanak-kanak yang berumur 11-14 tahun sudah pandai pergi karoeke. bukan kah tempat sebegitu  selalu dilawati oleh golongan dewasa yang sudah mencecah umurnya pada tahap dewasa? pada umur sebegitu mudah bukan kah sepatutnya mereka duduk dirumah dan belajar atau menolong ibu bapa mereka? bukan itu sahaja mereka juga pergi ke kawasan itu tanpa pengawasan ibu bapa. bukan kah hal sebegini akan menimbulkan masalah?
jikalau ada sesuatu yang terjadi siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap kanak-kanak tersebut?

hal ini berpunca daripada ibu bapa mereka yang tidak prihatin terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. kerana terlalu banyak memikirkan kerja mereka,anak-anak mereka pun tidak dipedulikan. tanpa pengawasan ibu bapa, kanak-kanak akan menjadikan minda mereka semakin terbuka kerana tiada langsung amaran dan peraturan daripada ibu bapa mereka. di sini lah salah satu permulaan bagi gejala sosial. membiarkan anak-anak mereka yang masih kecil,yang baru ingin melihat dunia keluar berseronok dengan kawan-kawan tanpa pengawasan orang dewasa.

tonton sahaja televisyen pasti ada kes buang bayi,dadah dan sebagainya yang melibatkan remaja. mula daripada kanak-kanak lagi sudah mencapai tahap bebas, apatah lagi sudah dewasa. cuba tonton televisyen, pasti ada berita mengenai kanak-kanak yang menunjuk-nunjuk menghisap vape. apakah tujuannya itu? dimanakah ibu bapa mereka? mengapa mereka melakukan perkara tersebut? hal ini kerana ibu bapa tidak prihatin terhadap anak mereka sehingga menjadikan anak-anak mereka terlalu bebas.

inilah realiti dunia pada masa ini. inilah yang dikatakan revolusi kanak-kanak. inikah yang dikatakan dunia maju? inikah yang dikatakan generasi kini akan membangun. silap sama sekali.. jika perkara ini berterusan negara pasti akan musnah.
jadi ubah lah segalanya demi masa hadapan.

No comments:

Post a Comment