Friday, 17 March 2017

New game in my phone


Hai awak awak semua. Bertemu kita kembali. Okay sekarang saya cuba untuk mengaktifkan kembali blog saya ini.  Sebab dah lama sangat tak berupdate.  Insyaallah kalau ada cerita saya kongsikan lah disini.  Hanya mahu berkongsi.

Seperti yang kita tahu, adik-adik kita baru jer ambil result spm.  Tahniah ye adik-adik yang dapat result cemerlang semoga rezeki makin berlimpah limpah ye insyaallah amin. Bagi adik adik yang kurang cemerlang, rilek bukan setakat itu jer tapi maybe ada yang lebih baik.  Macam saya cuma 4A sahaja.  It okay lah sampai matrik jugak dah nak ambil degree pun so rilek ye adik-adik.
Okay now, this entry not really important pun. Just saja2 nak hiburkan hati. Saya nak review new game to all my friend.

Haaa new game My Cafe Story 



Okay game ni tak ada best sangat hanya biasa2 jer.  Cuma kalau dah main tu macam ketagih sebenarye. My friend dah game sampai habis. Cuma dalam masa sehari jer.  Saya pulak dah seminggu main. Game ni install dari play store bagi yang android and pengguna iphone boleh install ye so jangan worry semua orang.  Hahahaha
Okay lah itu jer untuk hari ni.

Saturday, 11 March 2017

First entry in 2017


Hai hai hai lama tak update dah berhabuk.. Sorry sangat. Sejak duduk matrik semua dah tak update. Dengan kemudahan hanya menggunakan phone sahaja, memang tak lama lah jawabnya.  Kalau dulu adalah wifi curi sekarang hmm memang susah lah. Kat sini pun, saya selalu busy bukan selalu memang busy. Tak sempat nak berhuha pun. Banyan homework, assignment.  Itu belum kira yang ada program, aktiviti berkumpulan.  Memang penat tapi itu kehidupan duduk kat matrik ni.  So adik-adik yang dah habis spm yang nak sambung belajar tu fikir masak-masak. (tak ada cara  nak promote langsung 😂)

Actually tak ada lah susah mana pun matrik seperti digembar gemburkan oleh orang ramai. Biasa jer belajar kat sini sama belajar dengan sekolah 'BERASRAMA'(cewah mula dah). Sebab apa saya cakap macam sebab disini banyak peraturan yang ditetapkan seperti sekolah.  Tapi ikut sesetengah matrik juga ada yang ketat ada yang biasa jer. Kalau macam saya, saya study di Kolej Matrikulasi Melaka.(nampak promote tak) 😘. Peraturannya ada masa outing, dari segi pakaian, pergaulan jugak dan masa. Okay tak lah teruk. Peraturan yang ditetapkan untuk mengajar kita lebih berdisiplin bukan apa pun. Hmm pasal study pulak, bagi saya tak adalah laju tapi boleh lah. Depends lecturer juga yang ajar kita, nak ajar laju macam turbo ke, nak ajar macam siput ke, or ajar macam biasa.  So nasib lah faham ke tak.

Salah satu memory nanti saya ceritakan ye



Setiap matrik juga ada cerita yang tersendiri.  I mean cerita hantu lah. Ada orang mati gantung diri lah, bunuh diri dalam bilik air lah and so on. Memang sesiapa yang study kat matrik ni senior(pelajar 2tahun)  akan menceritakan benda-benda seperti ini. Yang kat blok tu blok ini lah. Bagi saya lah setiap tempat ada benda 'alah'  tu but terpulang pada kita percaya atau tak.  Kalau boleh jangan takut sangat benda benda macam ni takut nampak bebetul haaa satu hal nanti jadi. So conclusion ye jangan takut sangat jangan berani sangat nak mencabar alam. Alhamdulillah saya tak pernah lagi nampak benda bukan2 tu. Lebih baik tak tahu cerita-cerita seperti ini. Kang nanti melemahkan semangat junior junior kita nie pulak.

So adik-adik jangan lah risau kalau nak sambung study kat matrik. Sebab matrik ni masih sama macam sekolah. Masih ada lecturer yang boleh ajarkan balik benda yang tak ingat. Kalau tak faham boleh terangkan lagi. Nota pulak ada dijual.  Cuma tahan atau tidak sahaja disini. Memang senang hidup kat matrik ni. Tak payah nak fikir banyak-banyak. Tak macam kat university pulak kita banyak kene independent. So fikirkan lah mana yang sesuai.


Sunday, 5 March 2017

Bila terjumpa binatang bernama CHARLIE

Assalammualaikum.. baru sekarang ada masa nak post entry terbaru. Almaklum dah pi kolej kan nak up to date pun dah susah sekarang. Homework and assignment perhh seperti gunung kinabalu. Seksa ye nak siapkan. Tapi tu kan lumrah kehidupan pelajar so terimalah seadanya.
Okay the main point untuk entry kali nie ialah Charlie. Tahu tak apa itu charlie? Tak semua yang tahu pasal charlie nie. Lelagi para junior KMM memang tak tahu lah pasal benda nie termasuklah sis nie sekali. CHARLIE nie (bukan nama orang ea) sebenarnya binatang atau serangga yang mempunyai bisa pada bahagian belakang badan dia. Bentuk fizikal dia adalah badan yang berwarna oren dan hitam,badannya dalam bentuk memanjang dan dia hampir seperti rupa semut. Bisa yang terkandung dalam badannya akan menyebabkan seserang kegatalan dan sakit seperti melecur. Ia juga menyebabkan kulit kemerahan. Jika tidak di cegah, ia akan muncul nanah dan akan mendapat parut. Bagi sesetengah orang mampu menjadikan seseorang itu meninggal dunia akibat bisa yang berada dalam badan. Charlie nie selalunya berada dia tempat lembab seperti ampaian baju dan bilik air. -pernah ada sekali tu, roommate sis terjumpa 6 ekor charlie didalam lubang longkang-
CHARLIE ini jugak tertarik kepada cahaya lampu.