Saturday, 11 March 2017

First entry in 2017


Hai hai hai lama tak update dah berhabuk.. Sorry sangat. Sejak duduk matrik semua dah tak update. Dengan kemudahan hanya menggunakan phone sahaja, memang tak lama lah jawabnya.  Kalau dulu adalah wifi curi sekarang hmm memang susah lah. Kat sini pun, saya selalu busy bukan selalu memang busy. Tak sempat nak berhuha pun. Banyan homework, assignment.  Itu belum kira yang ada program, aktiviti berkumpulan.  Memang penat tapi itu kehidupan duduk kat matrik ni.  So adik-adik yang dah habis spm yang nak sambung belajar tu fikir masak-masak. (tak ada cara  nak promote langsung 😂)

Actually tak ada lah susah mana pun matrik seperti digembar gemburkan oleh orang ramai. Biasa jer belajar kat sini sama belajar dengan sekolah 'BERASRAMA'(cewah mula dah). Sebab apa saya cakap macam sebab disini banyak peraturan yang ditetapkan seperti sekolah.  Tapi ikut sesetengah matrik juga ada yang ketat ada yang biasa jer. Kalau macam saya, saya study di Kolej Matrikulasi Melaka.(nampak promote tak) 😘. Peraturannya ada masa outing, dari segi pakaian, pergaulan jugak dan masa. Okay tak lah teruk. Peraturan yang ditetapkan untuk mengajar kita lebih berdisiplin bukan apa pun. Hmm pasal study pulak, bagi saya tak adalah laju tapi boleh lah. Depends lecturer juga yang ajar kita, nak ajar laju macam turbo ke, nak ajar macam siput ke, or ajar macam biasa.  So nasib lah faham ke tak.

Salah satu memory nanti saya ceritakan ye



Setiap matrik juga ada cerita yang tersendiri.  I mean cerita hantu lah. Ada orang mati gantung diri lah, bunuh diri dalam bilik air lah and so on. Memang sesiapa yang study kat matrik ni senior(pelajar 2tahun)  akan menceritakan benda-benda seperti ini. Yang kat blok tu blok ini lah. Bagi saya lah setiap tempat ada benda 'alah'  tu but terpulang pada kita percaya atau tak.  Kalau boleh jangan takut sangat benda benda macam ni takut nampak bebetul haaa satu hal nanti jadi. So conclusion ye jangan takut sangat jangan berani sangat nak mencabar alam. Alhamdulillah saya tak pernah lagi nampak benda bukan2 tu. Lebih baik tak tahu cerita-cerita seperti ini. Kang nanti melemahkan semangat junior junior kita nie pulak.

So adik-adik jangan lah risau kalau nak sambung study kat matrik. Sebab matrik ni masih sama macam sekolah. Masih ada lecturer yang boleh ajarkan balik benda yang tak ingat. Kalau tak faham boleh terangkan lagi. Nota pulak ada dijual.  Cuma tahan atau tidak sahaja disini. Memang senang hidup kat matrik ni. Tak payah nak fikir banyak-banyak. Tak macam kat university pulak kita banyak kene independent. So fikirkan lah mana yang sesuai.


No comments:

Post a Comment