Sunday 4 June 2017

Review produk Safi Balqis


Baru sempat  nak update blog huhu. Cuti panjang baru nak bermanja dengan blog. Kalau tak asyik nak ngadap buku jer lah.

Okay lah hari ni saya nak review sikit produk kecantikan yang saya telah guna dalam masa 5 bulan dan hasilnya sangat memberangsangkan. Tak perlukan makeup pun untuk jadi cantik. Dengan memakai produk ini pun dah boleh cantik ahakk😂.(ayat mak saya).
Saya sekarang memakai produk Safi Balqis. Produk ini tidak mempunyai merkuri yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Sebelum ni saya hanya memakai Fair&Lovely daripada umur muda lagi opss hahaha. Saya memang suka pakai krim muka ini. Disebabkan krim-krim seperti ini tidak berbahaya so my parent tak kisah kalau saya pakai.
Sejak saya masuk matrik, saya alami kulit muka berminyak dan menyebabkan banyak jerawat tumbuh. And ia sangat menyebalkan saya haha.  Disebabkan itu saya bertukar kepada safi balqis and hasilnya ushh daebak!!!!
Okay lah saya ceritakan sikit apa yang saya pakai.

Review produk Safi Balqis
1.Pembersih muka Safi Balqis

Pembersih muka ini akan membersihkan wajah bahkan turut mencerahkan kulit wajah.
Yang ini pula pembersih muka 2 dalam 1.
Function sama juga dengan atas tetapi ia disertakan dengan toner yang akan menutupi pori setelah dibasuh.
Ia juga akan mengekalkan pH pada wajah dan wajah tampah lebih bermaya. 

2.Skrub
Skrub ini pula berfungsi untuk membuang kulit mati dan membuang kotoran yang tertinggal pada kulit. 


3.Penyegar atau toner
Pemakai toner juga penting bagi menutupi pori setelah membersihkan wajah.
Ia juga akan mencerahkan kulit.
Kalau nak senang pakai 2 dalam 1 tu ha tak perlu beli bebanyak. 
4.Pelembab wajah
Add caption
Krim pelembab siang ini penting untuk dipakai pada waktu siang. Ia akan melindung kulit daripada sinar uv dan turut mencerahkan kulit. 
Ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit pada waktu siang. 

Krim pelembab malam juga membantu mencerahkan kulit disamping mengekalkan kelembapan kulit pada waktu kita sedang tidur. 

Okay inilah produk Safi Balqis yang saya guna sekarang. Sebenarnya banyak lagi produk yang dihasilkan oleh Safi seperti serum tetapi saya tidak memakainya kerana produk diatas itu sudah cukup untuk tampak lebih menawan. Bukan menawan jer tapi flawless jugak hihi. Bagi sesiapa ingin mencubakan produk Safi ini dipersilakan kerana ia diyakini bersih dan bebas bahan merkuri.