Tuesday 14 August 2018

The Acne Journey (Part 2): How I solve the problem.

 
gambar dari Google



Hai semua!! okay kita sambung acne journey saya dalam part 2 ni. Dalam part 2 ni saya ceritakan macam mana saya atasi masalah breakout dalam masa 6-7 bulan tapi tak fully recovery bagi saya sebab masih ada parut-parut kat tempat jerawat. Bukan setakat tu jer kekadang jerawat datang menyerang tanpa kita sedar especially lepas bangun tidur confirm adalah jerawat satu dua ketul bukan jenis yang ada nasi atau nanah tu tau tapi jenis yang sakit punya cuma warna merah jer. And benda tu sangat susah nak hilang. Memang ambil masa yang lama nak baik dari breakout ni. So sesiapa yang tengah struggle nak pulih teruskan usaha anda, jangan give up okay. I know sesetengah orang memang suka ejek or gurau kasar mengenai wajah kita. Lagilah kita rasa down. Kekadang orang tak nampak betapa struggle kita nak solve problem kita yang satu ni. Siapa jer tak nak cantik? kan??

Hhahaha banyak bebel pulak.

ni lah masa first-first kena nampak macam tak teruk sebab camera beauty lol

Masa first-first saya breakout, saya berhentikan semua skincare saya pakai sebab time tu saya dah risau jerawat naik tak berhenti-henti. Saya dah tak pakai cleanser saya, moisturiser segala apa jadah tu semua saya stop. Saya tak pakai hampir seminggu. Time tu nampak lah perubahan muka saya kusam, kulit mengerutu. Saya selalu baca tweet famous pasal skincare. Tu yang asyik terpengaruh jer pasal skincare. Antara twitter famous pasal skincare saya selalu baca Iman Abdul Rahim (bukan sahaja ada twitter tapi blogger dia juga banyak membantu sesiapa yang ada masalah kulit ) and Maisarah Mahmud. Itu yang saya selalu baca kat twitter lah. So lepas ni korang boleh rujukan mereka ni yang lebih banyak ilmu pasal skincare.


gambar dari Google

Antara benda-benda yang perlu buat bila breakout:
  1. Betulkan skin barrier balik. Contohnya pakai skincare basic balik (e.g. cleanser,moisturiser,sunscreen).
  2. kena pilih cleanser yang low ph tau.
  3. pilih toner yang soothing kan jerawat(option)
  4. ubat jerawat.
  5. moisturizer yang hydrating punya.
  6. sunscreen (IMPORTANT)
 Ni yang saya buat masa saya first-first breakout actually dia memang dah teruk. So, saya tukar semua skincare saya. Dari cleanser sampai ke sunscreen. Sebelum ni saya malas nak pakai sunscreen tapi sebab benda nie penting so saya always pakai. Nanti saya share pulak product saya yang dah try error dalam process recovery saya. Banyak yang perlu dilaburkan sepanjang process ni especially duit. Saya tak tahu berapa banyak duit saya guna untuk 6 bulan ni hahaha.Kesabaran juga amat diperlukan dalam process juga ni guys. So,you guys jangan nak product yang cepat jer. Kalau nak pulih memang lambat. Kalau product yang ada process cepat ni kan biasanya tak bagus untuk kulit mungkin ada bahan yang cepatkan process pulih tu tapi tak semua product okay saya tak ada label mana-mana product. Jadi lah pengguna yang bijak.

So, guys nanti part 3 saya share skincare apa saya guna kay untuk process recovery. Walaupun lambat tapi amat berkesan.
Sekian dari saya, harap dapat membantu bagi sesiapa yang memerlukan bantuan. 😁

Sunday 8 July 2018

The Acne Journey (Part 1): The beginning of my breakout



Hai guys!! Hari ni nak ceritakan pasal perjalanan sesama saya melalui musim breakout sesama saya semesta dua di UTHM. Time tu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya saya nak berhadapan dengan semua rakan sekuliah, sekelas walhal tak ada lah orang kenal sangat kat uni. Cuma beberapa rakan sahaja yang mengenali saya termasuk housemate saya. Di uni, saya ni pendiam sikit. Tak banyak cakap dalam kelas. Pergi kelas balik kelas. Itu jer lah saya punya rutin semasa semesta satu. Masih budak suci lagi time tu. Oh lupa nak cakap, sekarang saya continue my study kat UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Jangan tanya pula tu uni apa. Saya ambil degree in technology management. Cewah acah lebih. Kalau tak tahu tu course apa sila search hihi. Sekarang baru sahaja habis semester dua. Cuti panjang ni tu yang saja nak update blog.

Saya mengalami breakout semasa sebelum masuk semester dua lagi. Masalah ni start bila saya beli moisturiser yang baru di Guardian. Sebelum ni saya pakai skincare Safi ( ada buat review pasal Safi). So, nak try yang baru lah. Sebab masatu kebetulan ada promotion kat Guardian dengan Watson. Jadi belilah yang jenis Neutrogena. Disebabkan ramai yang guna and dorang kata product tu bagus. Saya ni jenis yang cepat terpengaruh dengan skincare lelagi saya banyak baca dalam blog pasal pentingnya skincare. Kalau boleh, ada duit mesti nak beli benda baru tacap kat muka.

Ha ni lah jenis moisturiser yang saya beli tu. Yelah tengah sale so amik jer lah. Sebelum ni saya ingat saya boleh pakai semua benda kat muka saya sebab tak pernah breakout teruk lagi. Paling-paling pun saya kene breakout sebab masalah hormon dan tak menjaga muka semasa saya final exam. Memang tak lah nak fikir jerawat time exam. So lepas beli of course terus pakai malamnya kan. Lama tau saya pakai moisturiser ni hampir dua minggu. Lepas pakai sehari sebenarnya dah rasa gatal. Saya ingat benda tu normal. Macam reaction kita dengan jerawat lah kan. Sebelum ni pun masa saya pakai Safi, muka saya gatal-gatal tapi tak ada lah sampai breakout malah makin flawless gitu. Lepas dua minggu tiba-tiba jerawat pipi sebelah kiri tumbuh macam cendawan lepas hujan. Terkejut beruk saya. Banyak gila. Time tu dah rasa lain macam tapi tak berhenti lagi. So, bila mak saya tegur kenapa muka saya makin teruk. saya terus berhenti pakai moisturizer tu lagi. Saya ingat breakout saya sampai situ jer tapi dua hari sebelum nak masuk semester dua. Dia jadi makin teruk. Semua kawasan dia tumbuh. Dagu, dahi, hidung dan pipi. Yang paling teruk kat bibir pun kene. Time tu macam nak nangis sebab muka dah teruk. Jadi saya pasrah jer pi uni dengan muka breakout.

Pengajaran untuk part ni jangan beli benda yang tak sesuai untuk kulit kita kay. Pastikan tahu macam mana nak pilih product yang sesuai untuk kulit. Kenali kulit anda. Nanti saya bagi cara-cara macam mana saya atasi breakout saya dalam masa 6 bulan ni.

So, end for the part 1. Nanti sambung balik kay.

P/S: Sorry tak ada gambar masa tengah breakout sebab rasa down sangat.

Tuesday 3 July 2018

Setiap perkenalan pasti ada perpisahan



Setiap perkenalan pasti ada perpisahan. Ya, perkara itu memang benar. Tak semua orang akan selalu berada disisi kita selamanya atau bersama dengan kita. Contohnya keluarga, kawan, sahabat dan sebagainya. Mereka akan pergi sama ada kita nak atau pun tidak.

Situasi pertama, perpisahan dimana dulu kita fikir kawan kita yang semasa tadika itu akan menjadi teman kita sehingga kita dewasa. Tetapi semua tu berubah setelah dia ataupun kita sendiri telah berjumpa teman yang baru. Sehinggakan apabila berjumpa kita sudah tidak bertegur sapa dengan mereka seperti orang asing yang kita tidak pernah jumpa. 

Situasi kedua, perpisahan dimana andai suatu hari ditakdirkan kita kehilangan keluarga kita melalui ajal, itu adalah salah satu perpisahan yang kita tak pernah jangka. Kita tidak lupa akan mereka bahkan kita akan selalu mengingati mereka. Itu satu perkenalan semasa kita lahir tapi berpisah ditengah jalan kerana lebih disayangi Ilahi.

Situasi ketiga, perpisahan dimana pasangan kekasih membuat keputusan untuk berpisah. Perkara ini yang selalu berlaku apabila dua hati telah bertaut tetapi tidak dapat meneruskan perjalananya. Akibat masalah yang tidak dapat diselesaikan, jadi jalan penyelesaianya cuma perpisahan sahaja.

Semua situasi diatas adalah salah satu contoh perkenalan dan perpisahan yang seringkali dialami oleh semua orang. Mungkin kita akan sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi perpisahan ini kita sendiri tak memintaya. Mungkin kita sendiri tidak tahu apa puncanya.

Dulu boleh dikatakan semua orang nak kawan tetapi semakin membesar menjadi seorang dewasa teman dan keluarga semakin lama semakin hilang meninggalkan kita sendirian dan masalah disekeliling kita juga bertambah. Perkara seperti ini banyak mengajar kita menjadi seorang insan yang tabah dan bersyukur sekiranya insan yang kita sayang masih bersama dengan kita. Jadi bersyukurlah dan hargai saat indah bersama insan yang tersayang.



P/S: Beremosi dimalam hari hahahahaha